Saringan kontak rapat menjadi penyumbang utama kes Sabah kekal tinggi
17:09 Sep 02, 2021  |  By SabahKini2
Saringan kontak rapat menjadi penyumbang utama kes Sabah kekal tinggi

Sabah terus merekodkan kes baharu yang tinggi sebanyak 2,329 kes hari ini. Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, saringan kontak rapat menjadi penyumbang utama sebanyak 1,379 kes (59.2%), saringan bergejala 658 kes (

KOTA KINABALU: Sebanyak 2,329 kes positif baharu direkodkan di Sabah hari ini dengan saringan kontak rapat menjadi penyumbang utama.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, Kota Kinabalu merekodkan kes tertinggi sebanyak 458 kes diikuti Sandakan 281 kes, Penampang 181 kes, Papar 168 kes, dan Tuaran 149 kes.

Katanya, saringan kontak rapat menyumbang sebanyak 1,379 kes iaitu 59.2 peratus, saringan bergejala 658 kes (28.3 peratus) dan 82 kes daripada kluster sedia ada.

Menurutnya, sebanyak 2,168 daripada kes keseluruhan adalah warga tempatan manakala, 161 kes lagi melibatkan warga asing. 

"Terdapat 25 orang banduan dalam jumlah kes yang direkodkan hari ini dan seramai 1,560 pesakit adalah dalam kategori dua, 668 orang dalam kategori satu, manakala sembilan orang dalam kategori tiga.

"Empat kes dikesan dalam kategori empat, 13 orang dalam kategori lima dan 75 kes lagi masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, daripada jumlah 2,329 kes, sebanyak 878  kes (37.7 peratus) adalah kes lewat daftar antara dua hingga tiga hari, 132 kes (5.8 peratus) lewat daftar empat hingga lima hari dan 219 kes (9.4 peratus) adalah yang didaftar melebihi lima hari selepas keputusan ujian diketahui.

Datuk Masidi Manjun turut berkata, beberapa daerah merekodkan peningkatan kes berbanding hari sebelumnya termasuk Keningau meningkat 81 kes, Kota Marudu 71 kes, Ranau 29 kes, Putatan 26 kes, Beaufort 24 kes, Kunak 23 kes, dan Sipitang 30 kes.

3 Comments