Skandal Terowong: Keraguan terus membelit Lim Guan Eng dan DAP
03:02 Feb 01, 2018  |  By SabahKini2
Skandal Terowong: Keraguan terus membelit Lim Guan Eng dan DAP

Makin Lim Guan Eng dan Exconya bersuara menjawab isu Terowong makin terbukalah lagi putar belit DAP. Sedangkan mereka sendiri menyatakan hal bayaran, kos lain-lain dalam Sidang DUN.

Menurut DAP, tidak terdapat sebarang keperluan untuk tergesa-gesa membina Terowong Pulau Pinang itu kerana pembinaannya sememangnya dijadualkan untuk bermula pada tahun 2023 dan mungkin akan selesai pada tahun 2027.

Persoalannya di sini adalah, mengapa Kerajaan Pulau Pinang awal-awal lagi sejak tahun 2013 sudah memutuskan untuk melantik dan menamakan kontraktor tertentu sebagai pelaksana kepada projek tersebut? 10 tahun sebelum ia dijadualkan bermula?

Ini kemudian membawa pula kepada persoalan mengapa pula kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan nilai tetap tanah pada kadar harga pasaran hari ini sebagai bayaran kepada perlaksanaan suatu projek pembinaan yang hanya akan siap pada 10 hingga 14 tahun yang akan datang?

Tidakkah Kerajaan Pulau Pinang tahu bahawa tanah-tanah pantai utama di laluan Gurney akan mengalami kenaikan harga dan peningkatan nilai yang pantas? Malah pada 10 hingga 14 tahun yang akan datang, nilai tanah tersebut boleh mencecah sehingga dua kali ganda nilai sekarang?

Bolehkah anda terima sekiranya kerajaan Barisan Nasional menganugerahkan projek-projek mega bernilai berbillion ringgit seperti ini kepada sebuah syarikat 100% milikan swasta? Yang hanya akan bermula selepas 10 tahun yang akan datang, dan dijanjikan pula akan dibayar dalam bentuk hartanah yang sentiasa mengalami kenaikan harga yang pantas, pada kadar nilai semasa?

Inilah yang dilakukan kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini!

Tak bolehkah kerajaan Pulau Pinang hanya anugerahkan 3 projek jalanraya itu sahaja terlebih dahulu dan bukannya memberikan sekaligus projek terowong memandangkan perancangan terhadap projek itu masih jauh di hadapan?

Walau bagaimanapun, jika Kerajaan Pulau Pinang hanya menganugerahkan 3 projek jalan raya itu sahaja tanpa projek terowong, maka Kerajaan Pulau Pinang terpaksa pula menjelaskan berkenaan kenapa mereka perlu membelanjakan RM220 juta untuk kajian kebolehlaksanaan ke atas projek pembinaan 3 jalan raya sepanjang 20.3km itu, yang mana kos itu sebenarnya begitu mengejutkan dan luar biasa tinggi, iaitu setinggi 11% daripada kos keseluruhan pembinaan berjumlah RM2 bilion.

Mereka akan terpaksa menjelaskan mengapakah kos kajian sahaja boleh sampai mencecah RM11 juta untuk setiap kilometer.

Dan semua ini sudah tentu akan tambah menyukarkan DAP untuk mempertahankan tindakan yang mereka ambil.

Eric See-To

Comment