Pengarah Imigresen Sabah 'Pro Warisan' dipindahkan ke Agensi Anti Dadah Kebangsaan
05:09 Sep 05, 2021  |  By SabahKini2
Pengarah Imigresen Sabah 'Pro Warisan' dipindahkan ke Agensi Anti Dadah Kebangsaan

Sentiasa penuh kontroversi dengan kata-kata kesat kepada pegawai bawahan akhirnya Muhammad Sade Pengarah JIM Sabah dipindahkan juga ke Putrajaya. Harap Pengarah JIM Sabah baharu laksana tugas

Pengarah kontroversi lantikan Warisan Dato' Dr. Muhammad Sade Jabatan Imigresen Sabah  dipindahkan bertugas sebagai Timbalan Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan berkuatkuasa September ini.

Mohamad Sanusi Abdul Karim dilantik menggantikan Muhammad Sade sebagai Pengarah Jabatan Imigresen Sabah yang baharu.

Kenyataan ini disahkan menerusi hantaran di Facebook rasmi Jabatan Imigresen Sabah mengucapkan tahniah atas pelantikan Sanusi dan terima kasih kepada Muhammad Sade.

Pelantikan Muhammad Sade ke jawatan Pengarah sebelum ini adalah rancangan Kerajaan Warisan dan Shafie Apdal menguasai jabatan strategik kerajaan pada tahun 2019. Datuk Musa Sulaiman sebagai Pengarah JIM Sabah mereka pindahkan ke Putrajaya. Warisan juga membawa Haji Alan Abdul Rahim daripada Timbalan SUB Kewangan Kementerian Pendidikan sebagai Pegawai Kewangan Negeri Sabah Pejabat Persekutuan Sabah. 

Muhammad Sade juga bertanggungjawab terhadap rancangan pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS) yang ditentang keras rakyat Sabah sehingga menyebabkan kekalahan besar kepada Warisan dalam Pilihanraya Kecil Kimanis.

Diawal pelantikannya Dr Muhammad Sade mencetuskan kontroversi selepas mengherdik petugas kesihatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dengan kata-kata kesat ‘Kamu tidak guna otak’ . Ketua Pengarah Imigresen Dato’ Khairul Dzaimee Daud terpaksa memohon maaf berhubung insiden itu.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) juga menggesa jabatan imigresen menyiasat insiden petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diherdik oleh pegawai kanan Imigresen Sabah itu namun tidak dilakukan sehingga sekarang.

Kerajaan PN sepatutnya memindahkannya lebih awal namun tertangguh sehinggalah Muhammad Sade dipindahkan kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan.

Terbaru panas isu pemilik ladang Borhill Sandakan Datuk Peter Hii kroni Shafie menggaji secara haram Geng Abu Sayyaf di ladang. Namun tiada tindakan dibuat terhadap Datuk Peter Hii dibawah Seksyen 55B(1) Akta Imigresen 1959/63 hukuman denda antara RM10,000 hingga RM50,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan atau atau kedua-duanya sekali bagi setiap pendatang asing tanpa izin (PATI) yang digaji tanpa permit

9 Comments