Kebakaran di Kampung Egang-Egang, 3 cedera
14:09 Sep 06, 2021  |  By SabahKini2
Kebakaran di Kampung Egang-Egang, 3 cedera

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah, 3 penduduk mengalami cedera dan kebakaran tersebut memusnahkan 3 buah rumah atas air, punca kebakaran masih dalam siasatan.

SEMPORNA: Tiga penduduk cedera selepas rumah yang mereka diami terbakar di kampung Egang-Egang, di sini petang kelmarin. Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah berkata kebakaran tersebut telah memusnahkan tiga buah rumah atas air.

“Balai Bomba Semporna menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira jam 5.13 petang.

“Seramai lima anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Air Semporna dikejarkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi pemadaman,” katanya.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kebakaran mendapati terdapat tiga buah rumah telah terbakar keseluruhannya.

“Pasukan Bomba segera melakukan pemadaman dengan menggunakan satu aliran 200 kaki dan pancutan daripada sumber air laut.

“Kebakaran dapat dikawal pada jam 6.45 petang sebelum operasi ditamatkan kira-kira satu jam  selepas itu,” katanya.

Menurutnya, Pegawai Operasi menerima laporan terdapat tiga penduduk yang mengalami kecederaan dan telah dibawa ke Hospital Bum Bum sebelum ketibaan Bomba.

“Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan Unit Forensik Kebakaran JBPM Sabah,” katanya.

Comment