Semua mangsa banjir dibenarkan pulang
18:09 Sep 06, 2021  |  By SabahKini2
Semua mangsa banjir dibenarkan pulang

Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, penghantaran pulang mangsa banjir ke rumah masing-masing dilakukan dengan menggunakan kenderaan agensi penyelamat dan sebahagian mangsa menggunakan kenderaan sendiri.

BEAUFORT: Semua 75 mangsa banjir daripada 25 keluarga di Beaufort, di sini, dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada jam 1.30 tengah hari tadi.

Kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan, sehubungan itu pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan DSP Mohd Dun Banir ditutup secara rasmi.

"Penghantaran pulang mangsa banjir ke rumah masing-masing dilakukan dengan menggunakan kenderaan agensi penyelamat dan sebahagian mangsa menggunakan kenderaan sendiri," menurut kenyataan itu.

Pada lewat petang 31 Ogos lalu, hujan yang berterusan lebih 48 jam mengakibatkan 60 kampung dalam dua daerah di Sabah terjejas akibat banjir iaitu 45 di Beaufort dan 15 di Membakut.

Comment