2,067 kes baharu COVID-19 di Sabah
18:09 Sep 08, 2021  |  By SabahKini2
2,067 kes baharu COVID-19 di Sabah

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, daripada jumlah kes hari ini, 34.93 peratus atau 722 kes lewat daftar antara dua hingga tiga hari selepas tarikh keluar keputusan, 4.55 peratus atau 94 kes lewat daftar ant

KOTA KINABALU: Kes baharu COVID-19 di Sabah merekodkan sedikit penurunan hari ini dengan jumlah 2,067 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, Kota Kinabalu kembali merekodkan jumlah tertinggi dengan 347 kes, diikuti Sandakan 306 kes, Tuaran 163 kes, Keningau 122 kes, dan Tawau 107 kes.

Menurutnya, daripada jumlah kes hari ini, 34.93 peratus atau 722 kes lewat daftar antara dua hingga tiga hari selepas tarikh keluar keputusan, 4.55 peratus atau 94 kes lewat daftar antara empat hingga lima hari dan 5.85 peratus atau 122 kes lewat daftar melebihi lima hari.

"Saringan kontak rapat kekal penyumbang utama kepada kes harian dengan 1,086 kes atau 52.4 peratus, 640 kes atau 31.3 peratus dari saringan bergejala, dan 152 kes atau 7.5 peratus dari saringan kluster," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, pesakit kategori satu membabitkan jumlah sebanyak 642 kes, kategori dua sebanyak 1,355 kes, kategori tiga sembilan kes, kategori empat melibatkan enam kes, dan empat pesakit untuk kategori lima.

Katanya, setakat 6 September 2021, seramai 1,312,824 orang atau 47.59 penduduk dewasa negeri Sabah memperoleh vaksin lengkap dan 1,791,183 orang atau 64.94 peratus memperoleh satu dos.

Masidi berkata, daerah Kota Belud merekodkan sebanyak 107 kes, Penampang 106 kes, Kinabatangan 82 kes, Kudat 78 kes, Tongod 73 kes, Papar 70 kes, Lahad Datu 62 kes, Putatan 61 kes, Kota Marudu 48 kes, Telupid 39 kes, dan Ranau serta Pitas masing-masing 37 kes.

Menurutnya, Beluran mencatatkan 36 kes, Nabawan dan Beaufort masing-masing 32 kes, Kunak 31 kes, Tenom 22 kes, Semporna 19 kes, Tambunan 18 kes, Kalabakan 16 kes, Sipitang 12 kes, dan Kuala Penyu empat kes.

Comment