IPD Papar berkas 2 penagih dan 1 pengedar dadah
13:09 Sep 09, 2021  |  By SabahKini2
IPD Papar berkas 2 penagih dan 1 pengedar dadah

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Batholomew Umpit berkata kesemua lelaki berumur lingkungan 20 hingga 40-an itu adalah penagih serta pengedar dadah yang dikesan aktif dalam menjalankan aktiviti pengedaran dadah di sekitar daerah Papar.

PAPAR: Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar berjaya menahan tiga lelaki dalam satu operasi sekitar sini semalam.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Batholomew Umpit berkata kesemua lelaki berumur lingkungan 20 hingga 40-an itu adalah penagih serta pengedar dadah yang dikesan aktif dalam menjalankan aktiviti pengedaran dadah di sekitar daerah ini.

Katanya kejayaan tangkapan ini adalah salah satu usaha berterusan PDRM, khususnya IPD Papar dalam mengatasi masalah penyalahgunaan dadah, disamping mencegah aktiviti jenayah di daerah Papar.

“Semasa ditahan, polis berjaya merampas 10.30 gram syabu hasil daripada pemeriksaan salah seorang suspek yang dipercayai sebagai pengedar dadah itu.

“Suspek ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya dalam kenyataan media di sini semalam.

Batholomew berkata dua lagi suspek disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(a) ADB 1952 selepas didapati positif dadah jenis Amphetamine dan Methaphetamine.

Beliau juga menasihatkan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan dadah di daerah supaya disalurkan kepada pihak PDRM, IPD Papar khususnya untuk tindakan segera.

Comment