84 kematian akibat COVID-19 direkodkan Sabah
15:09 Sep 13, 2021  |  By SabahKini2
84 kematian akibat COVID-19 direkodkan Sabah

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada jumlah kes mengikut daerah Kota Kinabalu (18), Sandakan (14), Kota Belud (10), Penampang (9), Tawau (7), Lahad Datu (4), Kota Marudu (4), Pitas (4), Tuaran (3), Keningau (2), Pu

KOTA KINABALU: Sebanyak 84 kes kematian disebabkan COVID-19 direkodkan pada 13 September 2021.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada jumlah itu 18 kes kematian berlaku di Kota Kinabalu, 14 kes di Sandakan, 10 kes di Kota Belud, sembilan kes di Penampang dan tujuh kes di Tawau. 

"Sementara itu, empat lagi kes kematian turut direkodkan masing-masing di Lahad Datu, Kota Marudu dan Pitas. Tiga lagi kes kematian juga dilaporkan di Tuaran, dua kes di Keningau, Putatan, Papar dan Tenom.

"Manakala Semporna, Kunak dan Nabawan masing-masing mencatatkan satu kes," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Dalam pada itu, Masidi menjelaskan orang ramai sekali lagi diingatkan bahawa semua pekerja dan pelanggan bagi semua sektor perdagangan, pengedaran, restoran serta pasaraya hendaklah telah lengkap divaksinasi (telah menerima dua dos vaksin).

Katanya, ia pada mulanya diumumkan untuk mula dikuatkuasakan selepas 15 September 2021. 

"Bagaimanapun, oleh kerana tahap vaksinasi seluruh Sabah sehingga ke hari ini baru mencapai 52 peratus populasi dewasa, maka tarikh kuatkuasa ini dianjakkan ke 21 September 2021, yakni tarikh sasaran Sabah mencapai tahap vaksinasi 60 peratus.

"Adalah juga dimaklumkan bahawa terdapat kelambatan para pekerja di sektor perdagangan 
dan pengedaran, restoran serta pasaraya untuk menerima dos kedua, khususnya jenis vaksin Astra-Zeneca," katanya.

Oleh itu katanya, para majikan boleh memohon pengecualian sementara. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Tempatan dengan menyenaraikan nama kakitangan mereka yang terlibat, tarikh pengambilan dos pertama dan jadual tarikh pengambilan dos kedua.

1 Comment