Kes baharu COVID-19 di Sabah turun kepada 1,649 kes
16:09 Sep 13, 2021  |  By SabahKini2
Kes baharu COVID-19 di Sabah turun kepada 1,649 kes

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada 1,649 kes yang didaftar hari ini, 756 kes adalah kes-kes lewat daftar diantara dua sehingga tiga hari, 249 kes lewat daftar diantara empat sehingga lima hari dan 174 kes adalah

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan 1,649 kes baharu COVID-19 hari ini dengan penurunan sebanyak 68 kes berbanding 12 September 2021.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, jumlah berkenaan turut disumbangkan oleh 55 kes baharu dari Kluster Desa Jeroco 2, Kinabatangan yang dikesan hari ini.

"Kes di Kota Kinabalu naik semula kepada 314 kes, Penampang naik 97 kes, Keningau naik 33 kes, Kinabatangan naik 22 kes dan Tambunan naik 25 kes.

"Sandakan turun 117 kes, Tawau turun 31 kes , Papar turun 47 kes dan Kota Marudu turun 57 kes. Terdapat 44 kes melibatkan Orang Kena Tahan (OKT) yang dicatat hari ini termasuk 18 kes dari Pusat Latihan Henry Gurney dan 18 kes lagi daripada Penjara Kepayan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, daripada 1,649 kes yang didaftar hari ini, 756 kes adalah kes-kes lewat daftar diantara dua sehingga tiga hari, 249 kes lewat daftar diantara empat sehingga lima hari dan 174 kes adalah kes-kes yang berdaftar lewat melebihi lima hari.

Katanya, saringan kontak rapat kekal penyumbang utama keseluruhan kes di Sabah hari ini dengan 932 kes. Saringan bergejala 481 kes, 74 kes daripada kluster dan 162 kes melalui saringan lain-lain.

"Daripada 1,649 pesakit yang berdaftar hari ini, 508 pesakit adalah dalam kategori 1, 1,061 dalam kategori 2, lapan orang dalam kategori 3, 12 orang dalam kategori 4 dan lapan orang dalam kategori 5. 

"52 pesakit masih dalam siasatan, 87.9 peratus daripada jumlah keseluruhan pesakit adalah warganegara Malaysia," katanya.

Comment