Sabah kembali merekod kes baharu COVID-19 melebihi 2,000 kes
20:09 Sep 15, 2021  |  By SabahKini2
Sabah kembali merekod kes baharu COVID-19 melebihi 2,000 kes

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, Papar mencatatkan peningkatan tertinggi dengan penambahan 77 kes kepada 232 kes, begitu juga Kota Marudu yang meningkat 64 kes kepada 106 kes, diikuti Kinabatangan meningkat 37 kes kepad

KOTA KINABALU: Kes baharu positif COVID-19 di Sabah kembali meningkat melebihi paras 2,000 dengan peningkatan sebanyak 231 kes hari ini berbanding semalam dengan jumlah sebanyak 2,015 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, Papar mencatatkan peningkatan tertinggi dengan penambahan 77 kes kepada 232 kes, begitu juga Kota Marudu yang meningkat 64 kes kepada 106 kes, diikuti Kinabatangan meningkat 37 kes kepada 84 kes.

Menurutnya, Kota Kinabalu masih merekodkan jumlah kes tertinggi sebanyak 310 kes, Sandakan 158 kes, Tuaran 128, manakala Lahad Datu dan Penampang masing-masing 108 kes.

"Sebanyak 687 kes atau 34.1 peratus adalah kes-kes lewat daftar antara dua hingga tiga hari, 208 kes atau 10.32 peratus kes lewat daftar empat hingga lima hari dan 145 kes atau 7.2 peratus adalah kes yang berdaftar lewat melebihi lima hari.

"Saringan kontak rapat kekal penyumbang utama keseluruhan kes di Sabah membabitkan sebanyak 1,118 kes atau 55.48 peratus, saringan bergejala 632 kes atau 31.36 peratus, 81 kes daripada saringan kluster dan 184 kes melalui saringan lain-lain," katanya.

Beliau berkata, pesakit kategori satu seramai 665 orang, 1,220 kes pesakit kategori dua, kategori tiga melibatkan lima pesakit, dan sembilan kes masing-masing kategori empat dan lima.

Menurutnya, daerah Kota Belud merekodkan 96 kes, Tawau 84 kes, Keningau 79 kes, Putatan 68 kes, Tenom 64 kes, Pitas 52 kes, Beluran 51 kes, Ranau dan Kalabakan masing-masing 44 kes, Kudat 43 kes, Kunak 32 kes serta Tongod 31 kes.

Katanya, Nabawan merekodkan 28 kes, Telupid 27 kes, Beaufort 16 kes, Sipitang 10 kes, Semporna lapan kes, Tambunan dan Kuala Penyu masing-masing dua kes.

3 Comments