Warisan dengki RM4.66B RMK-12, RM3.61B Jendela, BWI dinaikkan maka serang bantuan NADMA RM18.24juta!
04:09 Sep 18, 2021  |  By SabahKini2
Warisan dengki RM4.66B RMK-12,  RM3.61B Jendela, BWI dinaikkan maka serang bantuan NADMA RM18.24juta!

PM turun ke Sabah saja Warisan dan para macainya gundah bila PM dan KM turun padang. PM umum RM4.66B RMK12, RM3.61 bilion projek Jendela, elaun BWI dinaikkan tapi mereka serang bantuan NADMA RM18.24 juta !.

Nampaknya sehari dua ini para pendokong Warisan dan macai PH begitu sakit hati terhadap pengumuman peruntukan pembangunan yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob sempena Hari Malaysia 16 September 2021 baru-baru ini.  

Mereka sakit hati Perdana Menteri melawat mangsa banjir dan tanah runtuh di Penampang malah mengumumkan bantuan awal lebih RM18.24 juta melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) peruntukan kepada Sabah bagi melancarkan proses menguruskan tindak balas bencana agar kebajikan rakyat yang terjejas di negeri ini sentiasa dipelihara.

Peruntukan itu perolehan 2,000 unit Kit Makanan (RM160,000), pembelian 2,500 unit C-Tent (RM961,250), operasi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (RM20,000), operasi 22 daerah Jawatankuasa Pengurusan Bencana (RM1,100,000) dan pengurusan operasi Covid-19 di Sabah iaitu sebanyak RM16 juta.

Itu baru satu agensi bawah kerajaan belum yang lain lagi termasuk Kementerian Sabah dan agensi lain.

Tetapi para macai sakit hati dan mereka cuba membandingkan bantuan bencana RM78 juta kepada kerajaan Kedah untuk membaiki infrastruktur serta rumah penduduk di daerah ini dan Kuala Muda yang terjejas akibat bencana kepala air.

Persepsi pendokong Warisan mudah, Sabah kononnya dianaktirikan kerana hanya mendapat RM18.24 juta hakikatnya mereka mahu mengalihkan isu bahawa banyak yang telah diberikan kepada Kerajaan Sabah.

Apa yang dilakukan di Kedah RM78 juta itu sebuah senarai projek terkumpul seperti menaik taraf sungai, sistem saliran, pembinaan dua jambatan, empangan Sabo Dam, loji rawatan air di Tupah dan lain-lain lagi.

Jika PM, Ketua Menteri dan Kerajaan Sabah juga berbuat demikian pastilah lebih banyak projek infrastruktur yang boleh diumumkan dan sedang berjalan serta diberi peruntukan seperti projek tebatan banjir yang nilainya lebih RM400 juta, empangan atau infrastruktur lain. Para macai Warisan membangkitkan hal yang remeh sedang di depan sana ada lebih besar telah diumumkan pada Hari Malaysia oleh Perdana Menteri.

Seperti kata Datuk Joniston Bangkuai Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar yang juga Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah peruntukan pembangunan yang diumumkan Perdana Menteri adalah bukti bahawa beliau memahami keperluan Sabah dan Sarawak. Pastinya lebih banyak khabar positif akan diumumkan tidak lama lagi.  

Bukankah ia permulaan bagus untuk PM ke 9 beri keutamaan kepada Sabah?

Selain peruntukan RM18.24 juta, antara yang diumumkan Perdana Menteri ialah;

  1. Isu tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” Sabah Sarawak diberi perhatian melalui Majlis Khas MA63 (MKMA63), yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri.

  2. Kerajaan bersetuju menaikkan kadar Bantuan Wang Ihsan (BWI) daripada RM500 kepada RM1,000 bagi setiap ketua isi rumah (KIR) yang terjejas ketika Monsun Timur Laut atau yang terkesan dengan lain-lain bencana yang diisytiharkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP).Ia melibatkan peruntukan lebih RM39.5 juta daripada Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara

  3. Sebanyak RM4.66 bilion diperuntukkan bagi negeri Sabah manakala RM4.47 bilion bagi negeri Sarawak melalui peruntukan pembangunan di bawah Rolling Plan 1 2021, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang akan dibentangkan di Parlimen pada 27 September ini.

  4. Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2021 hingga 2025 – Peralihan kepada teknologi 5G, kerajaan memperuntukkan RM3.61 bilion untuk Negeri Sabah. Ia memberi manfaat kepada 3.8 juta penduduk di Sabah

Jika peruntukan RMK-12 hampir RM5b kepada Sabah sebagai jumlah terbesar maka tentulah manfaat Belanjawan 2021 yang sebelum ini diumumkan oleh Tengku Zafrul Menteri Kewangan bernilai RM5.1 bilion untuk pembangunan infrastruktur selain RM3.8 bilion untuk kesinambungan projek Pan Borneo serta pakej lain juga diteruskan demi kebaikan rakyat Sabah. 

Ini juga belum termasuk Belanjawan 2021 Sabah Kerajaan GRS  sebanyak RM4.303 bilion yang diumumkan Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Mohd Noor pada disember 2020 yang jelas memberi manfaat besar kepada rakyat.

Negara dalam krisis pandemik. Berbilion ringgit dibelanjakan tentunya hasil kerajaan sekarang berkurangan dan kerajaan perlu membuat pinjaman bagi menyediakan projek pembangunan infrastruktur kepada rakyat.

Apa Shafie Apdal dan Warisan buat ketika berkuasa?  Dia hanya biadap dan salahkan balak sebagai punca banjir!. 26 bulan berkuasa satu pun masalah banjir tidak selesai sekalipun dia menjilat Dr Mahathir PM 7 'kaw-kaw' 

[ARTIKEL BERKAITAN- Bila tular Shafie tidak beradab dengan 'boots' banjir dan salahkan balak ]

Bila tular Shafie tidak beradab dengan 'boots' banjir dan salahkan balak

10 Comments