Kerajaan DAP Pulau Pinang cuba salahkan BN kerana ’mensabotaj’ projek mega terowong RM6.3b
01:02 Feb 03, 2018  |  By SabahKini2
Kerajaan DAP Pulau Pinang cuba salahkan BN kerana ’mensabotaj’ projek mega terowong RM6.3b

Salah BN kah, jika mereka perlu lakukan kajian yang lebih mendalam sedangkan mereka sudah pun membayar RM305 juta untuk laporan kajian tersebut?

Mereka pada dasarnya mengatakan BN adalah penyebab mengapa laporan kajian kebolehlaksanaan berharga RM305 juta mereka itu tidak dapat mereka siapkan. Malah mereka juga cuba menyalahkan BN atas perkara berkaitan mengapa masih tiada satu pun kerja pembinaan bagi mana-mana komponen projek tersebut yang telah dimulakan, walaupun perjanjiannya telah pun ditandatangani 5 tahun lalu (terlepas semua tarikh akhir yang mereka tentukan).

Tapi adakah tuduhan ini benar? Mari kita lihat pada faktanya.

Pertama, Syarikat Tujuan Khas atau Special Purpose Vehicle (SPV) telah melantik sebuah syarikat yang tersenarai di bursa bernama Astral Supreme pada Ogos 2013 untuk menyertai satu usaha sama dalam menjalankan sebuah kajian keboleh laksanaan melibatkan kos sebanyak RM275 juta, yang merupakan sebahagian daripada nilai kos keseluruhan sebanyak RM305 juta.

Namun setahun kemudian pada bulan Ogos 2014, usaha sama itu dibatalkan atas alasan kononnya Astral Supreme tidak dapat mencari konsultan yang mencukupi untuk menjalankan kajian tersebut.
(Rujuk http://www.thesundaily.my/news/1142745)

Adakah ianya salah BN sedangkan mereka sendiri yang gagal mencari konsultan/perunding yang mencukupi?

Kemudian pada Julai 2016, EXCO Pulau Pinang Lim Hock Seng berkata kerja-kerja pembinaan jalan berkenaan telah tertangguh dan mungkin akan ditangguhkan setahun lagi kerana kajian yang lebih mendalam perlu dibuat bagi memastikan sebaran air hujan (jika berlakunya hujan ribut) daripada jalan-jalan tersebut dapat diuruskan dengan baik dan cukup pantas:
(Rujuk https://www.thestar.com.my/metro/community/2016/07/11/project-may-be-stalled-stormwater-study-needed-before-work-on-road-construction-can-begin/)

Salah BN kah, jika mereka perlu lakukan kajian yang lebih mendalam sedangkan mereka sudah pun membayar RM305 juta untuk laporan kajian tersebut?

Seterusnya pada bulan September 2016, kerajaan negeri Pulau Pinang mengumumkan ingin mengeluarkan BUCG (sebuah kumpulan syarikat pembinaan gergasi China) dari menjadi sebahagian daripada Syarikat Tujuan Khas (SPV) projek terowong tersebut.
(Rujuk http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2016/09/06/undersea-tunnel-builder-to-purge-bucg-after-crane-incident/)

Kerajaan Pulau Pinang mahu mengeluarkan salah sebuah syarikat pemain utama daripada projek itu, salah BN juga?

Dalam tahun yang sama juga iaitu pada bulan November 2016, Lim Hock Seng berkata bahawa perlaksanaan projek itu akan terus tertangguh disebabkan terdapat kesukaran pada proses pengambil alihan tanah kerana mereka gagal mengenal pasti pemilik sebenar tanah-tanah di mana jalan itu akan dibina.
(Rujuk http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/penang-tunnel-road-projects-face-further-delay#1SAqI0ROFwmfo4kR.97)

Salah BN jugakah jika mereka menghadapi masalah mengenal pasti pemilik tanah-tanah yang ingin diambil alih untuk projek tersebut?

Kemudian pada Oktober 2017, Syarikat Tujuan Khas (SPV) pula menyatakan bahawa tiada sebarang keperluan untuk menyelesaikan laporan itu dengan segera:
(Rujuk https://www.themalaysianinsight.com/s/18099/)

Adakah ianya salah BN jika mereka sendiri yang mengatakan bahawa tidak perlu untuk tergesa-gesa menyiapkan laporan kajian itu?

Dan pada November 2017, salah satu daripada kontraktor, syarikat MudaJaya telah menarik diri daripada projek itu akibat ketidak tentuan dalam mendapatkan tarikh tepat bagi pemilikan tapak, ketidakpastian dalam menandatangani kontrak pembinaan, dan juga maklumat yang tidak mencukupi yang diberikan mengenai projek itu.

Adakah ia adalah salah BN apabila salah satu daripada kontraktor mereka menghadapi begitu banyak ketidakpastian mengenai projek itu hinggakan mereka tidak ada pilihan lain selain daripada melepaskan kontrak bernilai RM800 juta?
(Rujuk http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/mudajaya-withdraws-from-penang-undersea-tunnel-project#L78LEWwVEKQP4wO5.97)

Dan sekarang Kerajaan Pulau Pinang menyalahkan BN dan melaungkan perkataan 'sabotaj' sebagai punca tertundanya projek mega terowong bawah laut mereka itu?

Anda nilaikanlah sendiri.

Eric See-To

Comment