PATI yang divaksinasi tidak diberi kewarganegaraan
14:09 Sep 23, 2021  |  By SabahKini2
PATI yang divaksinasi tidak diberi kewarganegaraan

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan negeri akan sentiasa memelihara keselamatan dan kepentingan rakyat di negeri itu tanpa sewenang-wenangnya mengiktiraf PATI sebagai rakyat Sabah.

KOTA KINABALU: Sabah tidak akan memberi kewarganegaraan atau kad pengenalan kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) yang telah berdaftar sebagai penerima vaksin di negeri itu.

Tegas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, kerajaan negeri akan sentiasa memelihara keselamatan dan kepentingan rakyat di negeri itu tanpa sewenang-wenangnya mengiktiraf PATI sebagai rakyat Sabah.

Hajiji menjelaskan, kerajaan negeri mempertimbangkan pemberian kewarganegaraan kepada orang asal yang masih tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

“Mengenai cadangan pemberian kad pengenalan atau kewarganegaraan kepada penerima vaksin melibat PATI, kerajaan negeri tidak bercadang memberi kewarganegaraan kepada penerima vaksin yang tiada dokumen diri.

“Tetapi kita (kerajaan negeri) akan mempertimbangkan pemberian status warganegara kepada orang asal yang masih tidak mempunyai dokumen pengenalan diri,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Khamis.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Ewon Benedick (UPKO-Kadamaian) yang ingin tahu sama ada kerajaan negeri bercadang mahu memberi kad pengenalan atau kewarganegaraan kepada populasi di Sabah yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri atau PATI.

1 Comment