Dulu ketika dilantik Dr Maszlee, Shafie Warisan menentang pelantikannya. Kini terdapat sumber beberapa pemimpin GRS menghantar surat kepada Menteri KPT Dato' Dr Noraini agar menukar segera Dr. Taufiq Yap Yun Hin yang tidak menghayati aspirasi UMS..
Sumber memaklumkan satu surat dari Pemimpin Negeri Sabah telah dikemukakan kepada Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad untuk menyingkirkan Profesor Datuk ChM. Ts.Dr. Taufiq Yap Yun Hin sebagai Naib Canselor UMS.
Laporan itu menyatakan betapa gagalnya Naib Canselor itu mengemudi UMS dari sebuah universiti diranking kesembilan kepada ranking 15 ke atas sejak beliau mengemudi UMS.
Umum mengetahui pelantikan Dr. Taufiq Yap Yun Hin sebelum ini kerana beliau sebagai pemimpin IKRAM pilihan Dr Maszlee Malik Menteri Pendidikan PH sebelum ini. Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Warisan ketika itu juga tidak senang dengan pelantikan Dr. Taufiq Yap Yun Hin tanpa restu dari Ketua Menteri dan Pro Canselor UMS.
Hari ini dilaporkan Kerajaan GRS juga tidak berkenan dengan Naib Canselor syok sendiri Dr. Taufiq Yap Yun Hin ni.
Sabahkini2 sebelum ini sudah mendedahkan kontroversi pelantikan Dr. Taufiq Yap Yun Hin
[ARTIKEL BERKAITAN- Pelantikan Presiden MACMA 'orang kuat' IKRAM sebagai Naib Canselor UMS ditentang Warisan?
[ARTIKEL BERKAITAN- Shafie 'tibai' Menteri Pendidikan lantik Naib Canselor UMS membelakangkan Kerajaan Warisan ]
Menurut Shafie Apdal ketika itu walaupun kuasa pelantikan terletak di tangan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik namun pandangan kerajaan negeri sepatutnya diambil kira terlebih dahulu. Shafie Apdal benar-benar berang ketika itu.
Pelantikan itu juga menyebabkan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah UMS Datuk KY Mustapa meletak jawatan protes tindakan membelakangkan Kerajaan Negeri Sabah itu.
[ARTIKEL BERKAITAN-Datuk KY Mustafa letak jawatan Pengerusi LPU UMS tidak puas hati 'wayang' Ketua Pengarah KPM ]
Itu ketika Warisan dan PH dalam satu kerajaan pun isu pelantikan Naib Canselor tidak dalam kawalan Kerajaan Negeri. Semua ini usaha Dr Maszlee Malik untuk meng ‘IKRAM’kan kampus di seluruh negara.
Begitu ramai geng-geng IKRAM dalam Lembaga Pengarah Universiti malah pengurusan tertinggi seperti Naib Canselor dan TNC dikuasai IKRAM. Begitu juga kedudukan sebagai pegawai utama kementerian seperti Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Pengajin Tinggi daripada IKRAM. Dr Reduan Tee menggelarkannya sebagai gelombang ‘IKRAMISASI’ IPT di Malaysia. ‘Strategi Ikram begitu licik, divide and rule, pecah dan perintah. Masuk dalam UMNO, PAS, ABIM lain-lain organisasi, pecahkan, kemudian perintahkan.’
IKRAM tidak boleh lari dari Pakatan Harapan dan Parti Amanah
IKRAM - Sebelum ini Dr Mohd Salleh Jaafar TKP KPT menjayakan UEC di KPT
Prof ir Dr Mohd Salleh Jaafar antara pemimpin IKRAM yang memimpin KPT satu ketika
Sabahkini2 banyak mendedahkan mengenai IKRAMISASI di kampus sehingga pelantikan Menteri Pengajian Tinggi yang baru Dato’ Dr Noraini Ahmad agar membersihkan KPT dan IPTA dari IKRAM. Itupun Noraini mengambil masa lebih setahun untuk mengambil tindakan sehinggalah peletakan jawatan beliau pada 2 Ogos 2021.
[ARTIKEL BERKAITAN- Noraini Perlu Bersihkan KPT: Buang Pengkhianat IKRAM, ABIM, Geng PH di Universiti Awam ]
Sekarang Noraini dilantik semula sebagai Menteri Pengajian Tinggi. Ujian besar Noraini ialah menyingkirkan Prof Dato’ Dr Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi yang mengkhianati Noraini. Noraini tidak wajar menyimpan Ketua Pengarah jenis musang berbulu ayam itu. Noraini akan kekal berada ditakuk lama sedangkan masalah IPTA belum selesai terutama gerakan mahasiswa pro pembangkang yang semakin berani di kampus.
[ARTIKEL BERKAITAN- Noraini perlu singkir Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi 'Kayangan' jenis 'Musang Berbulu Ayam'
KP KAYANGAN: Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (KPPT) Prof Datuk Dr Husaini Omar
dan dua TNC UPM dikenakan
denda RM16,000 atas kesalahan mengingkar prosedur operasi standard (SOP) mengadakan
jamuan raya di asrama pelajar di UPM.
Mengikut Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam tindakan Tatatertib perlu dibuat tetapi tidak dilakukan
Beranikah Noraini menyingkirkan Dr. Taufiq Yap Yun Hin?
Hari ini UMS dilaporkan sudah lari dari perjuangan asal demi untuk orang Sabah yang layak diberi jawatan kanan di UMS. Apa yang Dr. Taufiq Yap Yun Hin lakukan ialah melantik sahabat-sahabatnya ke jawatan kanan universiti, profesor penuh, dekan, pengarah dan lebih buruk membelakangkan 'Orang Sabahan'. Beliau juga menamatkan kontrak orang-orang Sabah berkhidmat di UMS. Semangat Sabahan dalam UMS sudah tidak ada lagi. Tiada lagi sistem kouta perjawatan di UMS yang akhirnya merugikan rakyat Sabah. Sekalipun Dr. Taufiq Yap Yun Hin berasal dari Kota Kinabalu namun beliau tidak mementingkan semua itu. Beliau mengutamakan kawan, kroni dan geng IKRAMnya. Belum masuk sikap rasis kepada kaumnya sendiri.
Dr. Taufiq Yap Yun Hin tidak pernah menjadi pentadbir universiti maka UMS kucar kacir, pengurusan Covid-19 UMS celaru sehingga kolej kediaman di UMS pun terpaksa menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
[ARTIKEL BERKAITAN- Bahana 'degil' 19 mahasiswa positif, kini tiga Kolej Kediaman UMS dikenakan PKPD ]
Rasa tidak puas hati tenaga pengajar pensyarah di UMS membuak-buak dan tidak sabar mendesak Dr. Taufiq Yap Yun Hin segera ditamatkan. Mereka mengadu kepada Ketua Menteri, Menteri di Sabah dan Menteri Pengajian Tinggi. Namun beliau sangat bijak berlakon ketika Dato' Dr Noraini Menteri KPT sampai di UMS seperti tiada masalah yang berlaku sedangkan masalah di UMS ibarat bom jangka.
Dr. Taufiq Yap Yun Hin peduli apa di UMS, dia tahu tak akan lama di UMS jadi dia perlu melakukan apa saja. Yang dia tahu geng IKRAM dan pemimpin Pakatan Harapan mendapat tempat di UMS. Pengerusi parti Pejuang Sabah seperti Hj Nicholas Slvester@Berry atau YB Jannie Lasimbang DAP mendapat tempat dalam program-program UMS. Semua pemimpin PH ini berlindung atas nama NGO untuk dipromosikan oleh Dr. Taufiq Yap Yun Hin.
Pengerusi parti Pejuang Sabah seperti Hj Nicholas Slvester
Persoalannya apakah Dato' Dr Noraini akan melayan surat pemimpin Negeri Sabah itu untuk melantik Naib Canselor UMS yang lebih layak mengutamakan citra rakyat Sabah bukan untuk kroni dan kawan-kawan IKRAMnya.
Dato' Dr Noraini sudah diberi peluang kedua kembali menjadi Menteri KPT. Jika beliau tidak memutuskan pendirian pastinya kecaman lebih buruk bakal beliau hadapi.
Paling tidak pemimpin Negeri akan mengecamnya..