68 MP PH, Warisan, Pejuang sertai demo haram langgar SOP rayu kurangkan kompaun
14:09 Sep 25, 2021  |  By SabahKini2
68 MP PH, Warisan, Pejuang sertai demo haram langgar SOP rayu kurangkan kompaun

Sebelum ini jika ada individu dikompaun langgar SOP. MP atau pemimpin PH berlagak jadi hero. Ketika mereka melanggar SOP demo haram 68 MP juga membuat rayuan pengurangan kompaun. Satu contoh teladan wakil rakyat. Langgar dan buat rayuan.

Sebelum ini jika ada rakyat yang dikenakan kompaun kerana melanggar SOP,  Ahli Parlimen atau pemimpin politiklah tampil menjadi hero membayar kompaun atau menyediakan khidmat peguam.

Namun kali ini sebaliknya seramai 68 Ahli Parlimen yang terbabit dalam perhimpunan di Dataran Merdeka bulan lalu kerana parlimen ditutup telah memohon pengurangan bayaran kompaun selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengesahkan perkara itu berkata pihaknya bersetuju menawarkan pengurangan dan semua Ahli Parlimen berkenaan sudah menjelaskan kompaun yang dikenakan.

"Seperti rakyat lain, mereka (Ahli Parlimen) yang langgar SOP dikenakan kompaun dan mereka minta diberikan diskaun.

"Kita bersetuju untuk beri diskaun kepada mereka," katanya pada satu kenyataan media

Media sebelum ini melaporkan, puluhan Ahli Parlimen pembangkang berhimpun di Dataran Merdeka selepas gagal memasuki bangunan Parlimen.

Selepas berkumpul di Dataran Merdeka, sekumpulan Ahli Parlimen terbabit antaranya daripada parti Pakatan Harapan (PH), Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan Parti Warisan Sabah (WARISAN), dihalang masuk  ke bangunan Parlimen melalui Jalan Parlimen dari Bulatan Dato Onn oleh anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) kerana wabak Covid-19 yang merebak dalam parlimen

Susulan perhimpunan itu, polis memanggil semua Ahli Parlimen terbabit untuk diambil keterangan.

Polis telah melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara.

 

 

1 Comment