85.1 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi
04:09 Sep 30, 2021  |  By SabahKini2
85.1 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 94 peratus atau 21,993,709 individu daripada populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.

Seramai 19,912,566 individu atau 85.1 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam

Berdasarkan perincian yang dikongsi menerusi portal COVIDNOW hari ini, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 94 peratus atau 21,993,709 individu daripada populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.

Selain itu, seramai 33,050 atau 1.1 peratus daripada populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan suntikan vaksin setakat semalam.

Bagi kedua-dua populasi, sebanyak 329,722 dos suntikan vaksin turut diberikan semalam membabitkan 168,734 dos pertama dan 160,998 dos kedua menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos vaksin sebanyak 43,028,919 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Sementara itu, sebanyak 240 kes kematian akibat COVID-19 dicatatkan setakat pukul 11.59 malam tadi, menjadikan jumlah kumulatif kematian kini adalah 25,935.

Daripada jumlah itu, sebanyak 89 adalah kes kematian harian sebenar selama tujuh hari, manakala selebihnya adalah kes kematian tertunggak atau 'backlog'.

Bagaimanapun, angka itu boleh berubah sekiranya terdapat kes kematian yang dikemas kini.

Sebanyak 71 daripada jumlah kematian baharu itu dilaporkan berlaku di luar hospital (BID). – BERNAMA

Comment