Dr Yusof dan 15 lagi Adun Warisan keluar parti?
23:10 Oct 02, 2021  |  By SabahKini2
Dr Yusof dan 15 lagi Adun Warisan keluar parti?

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr. Yusof Yacob mengumumkan keluar parti jumaat ini. Bagaimanapun dilaporkan 15 lagi Adun Warisan menyusul meninggalkan parti itu menjadi Adun bebas mesra GRS.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr. Yusof Yacob dilaporkan bakal keluar Parti Warisan Sabah (Warisan) jumaat minggu depan.

Dr Yusof yang juga bekas Ketua Penerangan Warisan dan bekas Menteri Warisan mengambil keputusan itu menjadi ADUN Bebas mesra Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Desas-desus Dr Yusof meninggalkan parti Warisan bukan baru kerana sebelum ini beliau sepatutnya keluar lebih awal pada bulan februari lalu bersama Adun Sebatik Hassan A Gani Pg Amir

Dr Yusof dilaporkan kecewa terhadap presiden Parti Warisan Datuk Seri Shafie Apdal yang kini dilihat tidak lagi bersama dalam Pakatan Harapan.

Menurut sumber Dr Yusof mengambil keputusan itu demi rakyat dan mahu membantu rakyat di kawasannya.

"Datuk mahu bantu orang di kawasannya saja. Jadi, baik beliau jadi bebas dan sokong kerajaan yang ada.

Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) september tahun lalu Dr Yusof menang dengan hanya majoriti 424 undi menewaskan calon Barisan Nasional, Sani Miasin serta 4 calon lain.

Menurut sumber lagi, Dr Yusof dijangka membawa 15 lagi Adun Warisan  keluar daripada parti itu

Sebelum ini desas-desus 6 lagi Adun Warisan keluar parti namun mereka menafikannya selepas Shafie memanggil mereka.

Enam lagi Adun Warisan keluar parti sokong GRS?

Kegagalan Warisan menyaman Hassan A Gani Pg Amir keluar Warisan menjadi bukti jika keluar lagi 15 Adun tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan oleh Warisan untuk menyekat wakil rakyatnya keluar parti.

Februari lalu Dato’ Mohammad Lan Allani 'Orang Kuat' Shafie Apdal bekas Pengerusi Mara Inc didakwa 22 pertuduhan rasuah RM33.45 juta di mana Dr Yusof Yacob ketika itu bekas Pengerusi Pelaburan Mara. Shafie Apdal Menteri KKLW ketika skandal itu berlaku.

[ARTIKEL BERKAITAN- Rasuah RM33.45 juta Mara Inc: Dato' Lan Allani 'Orang Kuat' Shafie Apdal hadapi 22 tuduhan ]

Rasuah RM33.45 juta Mara Inc: Dato' Lan Allani 'Orang Kuat' Shafie Apdal hadapi 22 tuduhan

 

 

 

16 Comments