Dalang penipuan jual beli kuih tradisional diberkas
13:10 Oct 05, 2021  |  By SabahKini2
Dalang penipuan jual beli kuih tradisional diberkas

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, seorang warga tempatan berumur 43 tahun ditahan sepasukan anggota serta pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort.

BEAUFORT: Seorang wanita yang menjalankan penipuan berkenaan penjualan kuih tradisional berjaya ditahan dalan satu serbuan di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata suspek berumur 43 tahun yang juga warga tempatan itu ditahan sepasukan anggota serta pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort.

“Hasil siasatan mendapati suspek dipercayai terlibat dalam kegiatan menjalankan kes penipuan jual beli kuih tradisional dan bahan membuat kuih.

“Perbuatan suspek kemudiannya disedari apabila salah seorang mangsa membuat laporan polis selepas terpedaya dengan tawaran suspek untuk membuat kuih dalam kuantiti yang banyak.

“Mangsa mengalami kerugian sebanyak RM13,610 selepas memindahkan wang berkenaan ke akaun suspek untuk pembelian bahan masakan dan peralatan membuat kuih.

“Sehingga tarikh mangsa membuat laporan polis iaitu pada 30 September lalu, mangsa masih tidak menerima kuih yang sudah dijanjikan,” katanya.

Yusoff Zaki berkata bertindak dengan laporan berkenaan, suspek yang berjaya ditahan kini direman dan pihaknya akan menjalankan siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

2 Comments