Cubaan seludup dadah lebih 12KG guna ikan sejuk beku digagalkan Kastam
14:10 Oct 06, 2021  |  By SabahKini2
Cubaan seludup dadah lebih 12KG guna ikan sejuk beku digagalkan Kastam

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah Datuk Abdullah Jaapar berkata, dadah dipercayai Methamphetamine 9.21kg bernilai RM331,956, dan Ketamine 3.19 kg dengan nilai RM169,070 itu dirampas di Cawangan Kargo Udara, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinaba

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia mematahkan cubaan menyeludup lebih 12kg dadah ke luar negara bernilai lebih RM500,000 dengan menggunakan 23 kotak polisterin mengandungi ikan sejuk beku antaranya ikan merah dan kerapu, 29 September lalu.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah Datuk Abdullah Jaapar berkata dadah dipercayai Methamphetamine 9.21kg bernilai RM331,956, dan Ketamine 3.19 kg dengan nilai RM169,070 itu dirampas di Cawangan Kargo Udara, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK).

“Lebih kurang pukul 5 petang, Cawangan Kargo Udara, LTAKK telah menerima info bahawa terdapat bungkusan plastik yang mencurigakan dan disyaki mengandungi bahan terlarang dadah di dalam kotak polistirena ikan sejuk beku untuk tujuan eksport ke luar negara. 

“Kes dirujuk kepada Cawangan Penguatkuasaan, LTAKK dan hasil pemeriksaan lanjut mendapati 23 bungkusan plastik lutsinar yang dijumpai di dalam 23 kotak polisterin mengandungi hablur kristal yang disyaki dadah,” katanya.

Abdullah berkata ini merupakan kes kedua tahun ini dengan modus operandi sama iaitu menggunakan kotak polistirena mengandungi ikan sejuk beku eksport luar negara bagi mengaburi pihak berkuasa, dengan kes pertama ialah cubaan menyeludup 8.66kg dadah bernilai RM404,375 pada 29 Ogos lalu

Comment