PPM patahkan cubaan seludup rokok tembakau tanpa cukai
14:10 Oct 07, 2021  |  By SabahKini2
PPM patahkan cubaan seludup rokok  tembakau tanpa cukai

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Lahad Datu, SUPT. Gan Ping Sin berkata, hasil pemeriksaan mendapati 20 pak rokok dan 200 bungkus kecil tembakau dalam kotak yang disyaki diseludup masuk dari negara jiran.

LAHAD DATU: Polis Marin Lahad Datu berjaya mematahkan cubaan menyeludup rokok tanpa cukai di kawasan bangunan Ko Nelayan, Pasar Awam Lahad Datu pada pagi kemarin.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Lahad Datu, SUPT. Gan Ping Sin berkata, serbuan telah dijalankan terhadap sekumpulan lelaki yang mencurigakan di kawasan tersebut.

Ketika pihak polis menghampiri suspek, kesemua suspek terus melarikan diri dari kawasan itu.

Pemeriksaan dilakukan di kawasan tersebut telah menjumpai beberapa kotak diletakkan di kawasan berkenaan.  Pihak polis menemui rokok dan tembakau yang tidak bercukai.

Hasil pemeriksaan lanjut, mendapati sebanyak 20 pak rokok dan 200 bungkus kecil tembakau di dalam kotak tersebut disyaki diseludup masuk dari negara jiran. Nilai rampasan dianggarkan bernilai RM4,256.00.

Barang rampasan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Lahad Datu untuk tindakan lanjut. Kes disiasat dibawah Akta Kastam 1967.

Comment