Dr Yusof buat kejutan umum keluar Warisan esok?
16:10 Oct 07, 2021  |  By SabahKini2
Dr Yusof buat kejutan umum keluar Warisan esok?

Selepas terdedah Dr Yusof keluar Warisan, Dr Yusof menafikannnya melalui WhatApps bagi meredakan keadaan. Namun kini dilaporkan Dr Yusof meneruskan pengumuman keluar parti itu pada esok (Jumaat). Apa kejutan Dr Yusof?

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr. Yusof Yacob dilaporkan mengumumkan keluar Parti Warisan Sabah (Warisan) esok (Jumaat) menjadi ADUN Bebas mesra Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Isnin lalu selepas diasak dan dikecam pengikut Warisan, Ketua Penerangan Parti Warisan Sabah itu menafikan dakwaan kononnya beliau akan meninggalkan parti melalui aplikasi WhatApps

“Itu bukan kenyataan saya. Saya akan buat penjelasan nanti,” katanya.

Pegawai media Dr Yusof,  sebelum ini mendedahkan Ketua Bahagian Warisan Sipitang itu akan meninggalkan parti untuk menjadi ADUN Bebas kerana ingin membantu rakyat di kawasannya.

Bagaimanapun menurut sumber Dr Yusof akan melakukan kejutan besar dalam pengumuman keluar parti itu esok.  

Apakah Dr Yusof akan membawa 15 Adun Warisan  keluar parti bersamanya atau bersendirian sebagai Adun bebas?. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Dr Yusof dan 15 lagi Adun Warisan keluar parti? ]

 

 

6 Comments