Mayat wanita diserang buaya ditemui
14:10 Oct 11, 2021  |  By SabahKini2
Mayat wanita diserang buaya ditemui

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, mayat mangsa temui penduduk 300m dari lokasi mangsa diserang buaya.

TAWAU: Seorang wanita maut dipercayai akibat diserang buaya di Kampung Serudung Laut, dekat Kalabakan, Sabah, semalam.

Mayat Fosanih Nansel, berusia 22 tahun, ditemui penduduk kampung yang mencarinya pada 8 pagi, selepas beliau dilaporkan hilang di sungai kampung itu sejak semalam.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui MERS999 pada 8.19 malam memaklumkan mangsa diserang buaya.

“Maklumat daripada keluarga diterima. Operasi mencari dan menyelamat mangsa dijalankan semalam.

“Mangsa ditemui penduduk kira-kira 300m dari lokasi mangsa dilaporkan diserang buaya,” katanya.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi itu ditamatkan 10.27 pagi kelmarin.

Comment