5 buah kedai di Pekan Kimanis roboh
14:10 Oct 12, 2021  |  By SabahKini2
5 buah kedai di Pekan Kimanis roboh

Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Anuar Bahrin berkata, hasil pemeriksaan awal di lokasi mendapati lima buah bangunan kedai yang dianggarkan seluas 100X60 kaki persegi roboh disebabkan angin kencang yang melanda sekitar subuh.

PAPAR: 5 buah kedai di Pekan Kimanis di sini roboh selepas dilanda angin kencang di sini subuh semalam.

Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Anuar Bahrin berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian jam 6.51 pagi.

“Bertindak dengan panggilan, seramai enam pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis termasuk dua Pegawai Bomba Bantuan (PBB) digerakkan ke lokasi sejauh tiga kilometer dari jarak balai.

“Hasil pemeriksaan awal di lokasi mendapati lima buah bangunan kedai yang dianggarkan seluas 100X60 kaki persegi roboh disebabkan angin kencang yang melanda sekitar subuh.

“Pasukan bomba kemudiannya melakukan operasi pembersihan dan menjalankan pemeriksaan di sekitar lokasi bagi memastikan tiada punca bahaya lain yang berlaku,” katanya.

Menurutnya tiada mangsa yang dilaporkan mengalami kecederaan dalam kejadian ini dan operasi keseluruhan ditamatkan jam 7.33 pagi.

Comment