Rozman Isli MP Warisan Labuan didakwa kes rasuah Pelabuhan Labuan esok
18:10 Oct 13, 2021  |  By SabahKini2
Rozman Isli MP Warisan Labuan didakwa kes rasuah Pelabuhan Labuan esok

Akhirnya MP Warisan Labuan Rozman Isli didakwa di mahkamah esok kerana kes rasuah Pelabuhan Labuan yang panas satu ketika.

AHLI Parlimen Labuan Rozman Isli akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas kesalahan berkaitan Pelabuhan Labuan, menurut sumber.

Menerusi satu kenyataan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pertuduhan akan dibuat pada jam 9 pagi.

SPRM tidak mendedahkan identiti ahli politik berkenaan sehingga pertuduhan dibaca di mahkamah

Bagaimanapun Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Datuk Rozman mengesahkan anak guamnya akan didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Datuk Rozman Isli diuar-uarkan sebelum ini bakal meninggalkan Warisan namun menafikannya.

Tahun 2019 kecoh mengenai siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Labuan mengenai  isu rasuah salahlaku Pelabuhan Labuan. 

Menurut sumber Ahli Parlimen Silam Bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya turut disiasat SPRM. Sebelum ini Setiausaha Sulit Kanan Mohammadin Ketapi, Mohd Saifullah ditahan SPRM dan didakwa di mahkamah dengan kes rasuah RM3.7 juta. 

1 Comment