12 orang Pondan dibotakkan kepala: Ok tak kalau buat kat Malaysia?
08:02 Feb 03, 2018 | By SabahKini2
Jumlah mereka (mak nyah) semakin bertambah di sini dan saya tidak mahu ia terus berlaku,
PONDAN di Aceh, terutama yang bekerja di salun rambut ditangkap dan polis kemudian bukan saja memaksa mereka berpakaian seperti lelaki, malah rambut mereka juga dipotong pendek, hampir botak.
Polis Acheh menyerbu beberapa salun kecantikan dan menangkap 12 mak nyah yang bekerja di premis terbabit, berikutan ada penduduk mengadu mereka menggoda remaja lelaki.
Berikutan itu, ada penduduk cuba memukul mak nyah terbabit ketika mereka dibawa ke balai polis namun berjaya dihalang pihak berkuasa.
Menurut polis, mereka ditangkap kerana melanggar undang-undang syariah dengan berpakaian atau berperwatakan seperti perempuan.
Polis kemudian memotong rambut mereka yang panjang sebelum memaksa pondan terbabit memakai baju lelaki serta bercakap dengan suara asal.
“Jumlah mereka (mak nyah) semakin bertambah di sini dan saya tidak mahu ia terus berlaku,” kata jurucakap polis, Ahmad Untung Surianata.
Selepas video penahan Pondan itu tular Ketua polis negara Indonesia, Tito Karnavian mengarahkan siasatan dijalankan susulan penahanan 12 orang Pondan selepas laporan mengatakan mereka dipukul, disuruh membuka baju dan dipaksa untuk memotong rambut sebelum dibebaskan tanpa pendakwaan.
“Terdapat gambar dan video yang diedarkan yang membuatkan kami mengesyaki bahawa wujudnya tindakan fizikal yang dilakukan terhadap suspek.
“Tito telah memerintahkan kami untuk menyiasat foto-foto tersebut dan memastikan apakah ada pelanggaran prosedur atau etika,” kata jurucakap polis Aceh, Misbahul Munauwar.
Pertubuhan Human Rights Watch dan kumpulan hak asasi manusia lain turut mengalu-alukan langkah itu.
Di Malaysia Pondan seperti Sajad terus bebas malah nak menentukan jantina Pondan pun memerlukan masa sebulan. Bukan itu saja NGO seperti Sisters in Islam (SIS), Empower, Justice for Sisters and Trans men Malaysia dan Komuniti Muslim Universal melindungi mereka.