Pegawai polis rakan maut kemalangan
14:10 Oct 14, 2021  |  By SabahKini2
Pegawai polis  rakan maut kemalangan

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman berkata, kejadian berlaku pada 5.30 pagi, Azrini @ Azrin Abu Bakar, 42, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak dan Dylevia Dewalter, 38, disahkan meninggal dunia ket

Kota Kinabalu: Pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan dan rakannya maut dalam kemalangan di Jalan Lintas, Metrotown, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 5.30 pagi itu, Azrini @ Azrin Abu Bakar, 42, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak dan Dylevia Dewalter, 38, disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Queen Elizabeth Elizebeth II (HQEII).

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman berkata, siasatan awal mendapati, Nissan Almera yang dipandu wanita terbabit dipercayai bergerak dari arah Citymall menuju ke Jalan Tuaran Bypass.

Katanya, kemalangan berpunca daripada kenderaan mangsa yang terbabas sendiri sebelum merempuh pokok di tengah jalan berkenaan.

"Kedua-dua mangsa dikatakan tercampak keluar dari kenderaan sebelum ditemukan dalam parit pembahagi jalan.

"Kedua-dua mangsa dibawa ke Bahagian Kecemasan HQEII sebelum disahkan meninggal dunia ketika diberikan rawatan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

George berkata, ketika kejadian keadaan jalan lengang dan siasatan lanjut masih dijalankan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Comment