MP Labuan pertahan bapa, adik di LLPM didakwa, MP DAP rasuah projek Pelabuhan Labuan bila nak dakwa?
14:10 Oct 14, 2021  |  By SabahKini2
MP Labuan pertahan bapa, adik di LLPM didakwa, MP DAP rasuah projek Pelabuhan Labuan bila nak dakwa?

Dulu kecoh perebutan projek Syarikat Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd dengan kroni DAP Syarikat Megah Port Management Sdn Bhd. Yang menang kroni DAP. Tapi Rozman pembela LLPM yang bapa dan adik ada kepentingan didakwa dahulu. Bila nak dakwa MP DAP?

Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan mendapatkan suapan kontrak pekerjaan bagi syarikat yang mana bapa dan adiknya mempunyai kepentingan, tiga tahun lalu.

Rozman bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob.

Mengikut pertuduhan, Rozman sebagai pegawai badan awam iaitu Timbalan Pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan didakwa menggunakan kedudukan untuk mendapatkan suapan iaitu kontrak pekerjaan sebagai operator Dermaga Merdeka Pelabuhan Labuan.

Kontrak itu bagi Syarikat Liberty Port Management Sdn Bhd, yang mana bapa dan adiknya mempunyai kepentingan dalam syarikat berkenaan.

Kesalahan itu dilakukan di Bilik Mesyuarat TKSU, Aras 9, Kementerian Pengangkutan, Jalan Tun Hussein, Presint 4 Putrajaya, antara jam 2.30 dan 5.30 petang, pada 21 Mac 2018.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Tertuduh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib menawarkan jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin dan memohon pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Rozman tidak membantah jumlah jaminan itu.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin di Semenanjung, berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah kemudian menetapkan 19 November ini untuk sebutan semula kes.

Monopoli Liberty Port Management Sdn Bhd

Sejak sekian lama Syarikat Liberty Port Management Sdn Bhd mendapat kontrak operator Dermaga Merdeka Pelabuhan Labuan.

Kelemahan LLPM mengurus Pelabuhan Labuan menjadi serangan pelbagai pihak menyingkirkan LLPM. Bagaimanapun ketika mempunyai jawatan di Perbadanan Labuan dan juga  Timbalan Pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan Datuk Rozman Isli menjadi pelobi untuk mengekalkan kontrak Syarikat Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd.

Dalam masa sama bapa dan adiknya mempunyai kepentingan dalam Syarikat Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd

Ketika perebutan tender projek bersama dengan kroni Menteri Pengangkutan DAP Anthony Loke beberapa Ahli Lembaga Pengarah LLPM membuat laporan kepada SPRM kononnya berlaku kebocoran tender apabila syarikat yang baru ditubuh 2019 kroni Ahli Parlimen DAP Kota Kinabalu YB Chan Foong Hin Syarikat Megah Port Management Sdn Bhd  mengumumkan lebih awal menang tender itu.

Syarikat Straits Inter Logistics Berhad juga dikait DAP membeli membeli 51% kepentingan Syarikat Megah Port Management Sdn Bhd sekaligus menjadi pengendali baharu Labuan Liberty Port. Syarikat Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd akhirnya tumbang dan monopoli mereka sejak sekian lama diputuskan.

[BACA ARTIKEL BERKAITAN – Bocor tender, lantik syarikat kroni meragukan apa status kes rasuah Chan Foong Hin MP DAP Kota Kinabalu? ]

Bagaimanapun hari ini hanya Datuk Rozman Isli yang berjaya dibuktikan melakukan rasuah untuk didakwa di mahkamah kerana mempertahankan Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd yang keluarganya dalam syarikat itu.

Apakah YB Chan Foong Hin Ahli Parlimen DAP Kota Kinabalu juga akan didakwa selepas ini selepas kroninya Syarikat Megah Port Management Sdn Bhd- Syarikat Straits Inter Logistics Berhad mendapat tender Pelabuhan Labuan secara tidak jujur? Agaknya menurut SPRM apa status kes rasuah YB Chan Foong Hin Ahli Parlimen DAP Kota Kinabalu itu?

Mengapa hanya Datuk Rozman Isli didakwa sedangkan pesaingnya YB Chan Foong Hin menggunakan Syarikat Megah Port Management Sdn Bhd mendapat tender secara curang tidak didakwa? Tidak masuk akal  jawatankuasa penilaian tender MOT memilih syarikat yang baru setahun atau belum diaudit memenangi tender!

Bocor tender, lantik syarikat kroni meragukan apa status kes rasuah Chan Foong Hin MP DAP Kota Kinabalu?

Jika Jeffrey Chew bekas pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung siasatan berkaitan projek pembinaan terowong dalam laut RM6.3 bilion dan bosnya sendiri Lim Guan Eng dituduh di mahkamah kes rasuah terowong itu mengapa tidak Chan Foong Hin?

 

 

 

1 Comment