Dulu Warisan demi Filipina sekarang berdrama desak Filipina gugur tuntutan ke atas Sabah
08:10 Oct 15, 2021  |  By SabahKini2
Dulu Warisan demi Filipina sekarang berdrama desak Filipina gugur tuntutan ke atas Sabah

Baru-baru ini Warisan berdrama lagi meminta kerajaan desak Filipina gugur tuntutan. Persoalannya apa Shafie dan Azis Jamman buat ketika sebagai kerajaan? Merekalah yang bekerjasama dengan kedutaan bagi dokumentasi passport, IMM13 dan PSS

Nampaknya hari demi hari pemimpin Warisan bermasalah dan lupa diri. 4 Oktober lalu Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Azis Jamman berlagak hero di Dewan Rakyat mendesak kerajaan Filipina menggugurkan serta-merta tuntutan yang dibuat ke atas Sabah atau berdepan tindakan yang boleh menjejaskan hubungan diplomatik antara dua negara ini.

Beliau berkata, kerajaan perlu buktikan apa yang selalu disebut oleh pemimpin mereka bahawa “Malaysia akan mempertahankan setiap inci tanah di Wilayah Sabah”.

“Isu tuntutan Filipina ke atas Sabah bukanlah baharu, apa yang mengecewakan selepas 58 tahun Sabah berada di dalam Malaysia, isu ini masih berlarutan dan cuma kedengaran hangat menjelang pilihan raya di Sabah.

Azis yang juga Ketua Pemuda Warisan berkata, kerajaan perlu menunjukkan komitmen yang serius dalam isu tuntutan berkenaan dengan mengetengahkan serta menyuarakan dalam sidang-sidang antarabangsa.

Apa Azis Jamman buat ketika Timbalan Menteri KDN, Shafie Apdal Ketua Menteri?

Benarkah apa yang Azis Jamman dan Warisan laungkan menekan Filipina? Atau Warisan menikus dan memperakukan tuntutan Filipina? 

Di awal pemerintahan Kerajaan Warisan tahun 2018 Azis Jamman sudah mencadangkan dokumentasi baru buat pemegang IMM13 yang bukan setaraf kewargnegaraan

“Saya fikir kita perlu tawarkan pemegang IMM13 sejenis dokumentasi untuk membolehkan mereka tinggal di Sabah dan menyumbang kepada ekonomi tempatan.

“(Tetapi) dokumen itu bukan kewarganegaraan,” katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN - “Kita perlu tawarkan pemegang IMM13 sejenis dokumentasi tetapi bukan warganegara” - Timbalan Menteri KDN ]

“Kita perlu tawarkan pemegang IMM13 sejenis dokumentasi tetapi bukan warganegara” - Timbalan Menteri KDN

Kenyataan Azis Jamman itu adalah bunga-bunga kepada cadangan Pas Sementara Sabah (PSS) yang kontroversi pada tahun 2019 yang menyebabkan Warisan tewas teruk dalam PRK Kimanis pada tahun 2020.

Dalam rekod pentadbiran Kerajaan Warisan, Filipina diraikan malah kerjasama dibuat selepas memanggil Duta Filipina ke Malaysia Charles C. Jose pada Februari 2019.

Pertemuan Shafie dan Duta Kerajaan Filipina membuat ketetapan Filipina akan meneruskan tuntutan terhadap Sabah walaupun tidak dilakukan secara aktif.

”Pada masa ini, kedutaan bekerjasama rapat dengan Sabah untuk menangani isu yang membabitkan kedua-dua negara.

”Biarpun tuntutan terhadap Sabah belum digugurkan tetapi, tuntutan itu tidak dilakukan secara aktif,” kata Duta Filipina ke Malaysia Charles C. Jose.

Kerjasama erat Filipina dalam menangani beberapa isu bersama dengan Malaysia, terutama yang berkaitan dengan jumlah warga negara itu yang tidak memiliki sebarang dokumen yang tinggal di Sabah.

Duta Besar Filipina ke Malaysia Charles C. Jose berkata pihaknya masih tetap bekerjasama rapat dengan kerajaan Sabah dalam menangani perkara itu.

[ARTIKEL BERKAITAN- Filipina kekal tuntut Sabah dan Kerajaan negeri bantu warga Filipina tanpa dokumen di Sabah ]

[ARTIKEL BERKAITAN-  Filipina terus tuntut Sabah, Kerajaan Warisan beri PSS agar IMM13 Filipina kekal di Sabah ]

 

Malah ketika itu Kerajaan Warisan dan Kedutaan Filipina sibuk mengadakan program penyediaan dokumen seperti passport di beberapa daerah di Sabah.Ia termasuk dokumen 1MM13 yang sangat diperlukan oleh warga PATI Filipina.

Bukan Rahsia program dibuat secara terbuka sebelum dan selepas Duta Filipina datang ke Sabah

 

Begitu juga pada 14 oktober 2019 program pemberian passport warga Filipina yang mengejutkan warga Kota Kinabalu apabila sekumpulan besar warga asing Filipina berkumpul di Dewan Serbaguna Luyang menyebabkan rakyat tempatan tidak selesa dan mengaitkan ia sebagai insiden projek IC. Lebih 500 individu di dewan tersebut untuk urusan memperbaharui pasport selain ada juga yang berkhemah di kawasan dewan. 

 Duta Filipina sahkan projek ‘passport’ sedang dilakukan di Sabah

Mana suara Azis Jamman sebagai Timbalan Menteri KDN ketika itu untuk mendesak Kerajaan Filipina menggugurkan tuntutan Filipina terhadap Sabah? Mana suara Shafie Apdal? Bukan sahaja tidak didesak tetapi kerjasama dengan Filipina.

Arahan Pegawai laksana PSS dan program dokumentasi kerjasama Filipina

Pelantikan Pn Sharifah Sitti Saleha Habib Yussof Pengarah Keselamatan Negeri (MKN Sabah) orang kuat Shafie Apdal adalah sebahagian misi merealisasikan  Pas Sementara Sabah (PSS).  Di zaman Kerajaan Warisan Sharifah Sitti Saleha sentiasa membawa dalam mesyuarat MKN Negeri bersama Kerajaan Negeri bagi menyelesai isu Pendatang Tanpa Izin dan pemegang Pas IMM13. Sharifah mengatur pertemuan Duta dengan Shafie Apdal pada Febuari 2019.

Pengarah JKNS, MKN Negeri dikecam ikut 'SOP' Shafie Apdal susahkan 10,000  pelajar IPT lepas tu U-Turn!

Pas Sementara Sabah cuba dilaksanakan di Sabah penghujung tahun 2019 namun ditentang keras rakyat Sabah. Kekalahan teruk Warisan di PRK Kimanis 2020 adalah satu referendum rakyat menolak pelaksanaan PSS melalui PRK. Kekalahan Warisan menyebabkan kabinet Warisan pada 22 Januari 2020 membatalkan PSS. Ia kesilapan memakan diri Warisan.  Strategi Sharifah dan  MKN Sabah jelas tidak  begitu baik untuk kerajaan terutama membawa Duta Filipina melawat Shafie Apdal di pejabat Ketua Menteri. Lantaran itu terdapat usaha mengesyorkan Kerajaan GRS membuang Pn Sharifah ini. Malah hingga kini Shafrifah konsisten untuk kerajaan melaksana program ala-ala PSS. Namun gagal berbuat demikian kerana Kerajaan GRS tidak bersetuju dengan pelaksanaan dokumen ala-ala PSS.

IMM13 yang diihidupkan semula oleh Kerajaan Warisan dijadikan kambing hitam untuk memindahkan Pengarah Imigresen Sabah yang lama Datuk Musa Sulaiman bagi menggantikan Pengarah pro Warisan Dato' Mohammad Sade.

Kronologi 20 bulan Warisan berkuasa, projek pembangunan hanya untuk kroni, keutamaan kepada  memberi dokumen kepada warga asing, kelulusan surat lahir lewat, anak tanpa negara, pemutihan PTI  dan cadangan memberi dokumen sah PSS untuk PTI menetap di Sabah boleh dibaca dalam Sabahkini2.com

[ARTIKEL BERKAITAN- 20 bulan Kerajaan Warisan: Strategi dan kronologi menjayakan Pas Sementara Sabah (PSS) demi PTI!

20 bulan Kerajaan Warisan: Strategi dan kronologi menjayakan Pas Sementara Sabah (PSS) demi PTI!

 

Lebih buruk ketika Datuk Azis Jamman sebagai Timbalan Menteri KDN, beliau menyokong syarikat yang berniaga ‘pekerja asing’ dan beri dokumen kepada PATI.

[ARTIKEL BERKAITAN- Mengejutkan! Syarikat MMC tipu PSS pernah dapat surat sokongan Timbalan Menteri? ]








Portal Borneo Today yang dibayar Kerajaan Warisan ketika itu  sendiri melaporkan mengenai MMC tipu PSS.  Borneo Today tak berani melaporkan  dokumen Imigresen
yang disokong oleh Datuk Azis Jamman Timbalan Menteri KDN ketika itu kepada syarikat MMC itu.  

Rakyat Sabah tidak pernah lupa apabila berlaku kontroversi syarikat yang rapat dengan Azis Jamman menggunakan kedudukannya terlibat dengan projek IC atau pemberian dokumen kepada PATI. Satu tangkapan dibuat terhadap pemilik premis Areney Enterprise Kg Air Kota Kinabalu sindiket kad pengenalan November 2018. 127 Helai surat permohonan sokongan kelulusan mendaftar permit dan Kad Pengenalan MYPR Kepada Datuk Mohd Aziz Jamman  ditemui di premis Areney Enterprise. Borang itu dikatakan akan di hantar ke pejabat PUSAT KHIDMAT RAKYAT PARLIMEN SEPANGGAR. Dalang di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sepanggar terlepas tetapi pemilik Areney Enterprise menjadi 'kambing hitam' dan didakwa di mahkamah.

[ARTIKEL BERKAITAN- Sindiket Dokumen 'Projek IC' guna nama Timbalan Menteri KDN terbongkar! ]

Sindiket Dokumen 'Projek IC' guna nama Timbalan Menteri KDN terbongkar!


Dokumen yang dirampas




 

Kini tiba-tiba setelah hilang kuasa dan bukan lagi Timbalan Menteri KDN, Datuk Azis Jamman tiba-tiba lantang meminta kerajaan mendesak Filipina menggugurkan tuntutan wal hal ketika dia berkuasa dia cuba bersubahat untuk memperakukan kerjasama dengan Filipina. Mana slogan “Malaysia akan mempertahankan setiap inci tanah di Wilayah Sabah” ketika berkuasa? Apa dia buat untuk membawa ke sidang antarabangsa dan lain-lain. Tiada!. jadi jangan cakap tak serupa bikin. 

 

5 Comments