Shafie beri harapan palsu kepada YB Warisan, pujuk YB GRS sertai Warisan- Dr Yusof
14:10 Oct 16, 2021  |  By SabahKini2
Shafie beri harapan palsu kepada YB Warisan, pujuk YB GRS sertai Warisan- Dr Yusof

Shafie Apdal terlalu emosi. Shafie beri harapan palsu kepada YB dan orang-orang Warisan kononnya berkuasa semula. Pujuk YB Adun GRS untuk sertai Warisan tapi gagal.

Saya membaca dan mengikuti semua tulisan tulisan individu group ini (merujuk aplikasi WhatApps)

Saya terima dan itulah pandangan dan cara berfikir masing-masing. Saya terbuka dan menerima luahan masing-masing, itulah demokrasi dan keterbukaan.

Datuk Seri Shafie Apdal fitnah saya, dia terlalu emosi. Sebagai pemimpin besar tidak sepatutnya emosi, dan mengelabah, tetapi perlu tenang.

Tuduhan terhadap saya yang dikatakan dalam video dan facebook itu tidak betul. Saya harap dia sedar dan tarik balik kenyataan itu. Sebagai pemimpin besar dan ada pengalaman mesti berhati-hati dengan kenyataan kita.

Saya dituduh memujuk YB-YB Warisan dan menawarkan RM1 juta. Itu fitnah. Manalah saya ada duit berjuta untuk menawarkan kepada YB-YB untuk keluar. Saya bukan mewah, hidup pun sederhana ikut kemampuan. Saya pun cukup-cukup saja.

Saya KELUAR Warisan BUKAN LOMPAT. ada banyak sebab dan rentetan beberapa perkara dan setelah saya menimbang dan setelah berfikir lama. Saya bertindak demi untuk rakyat dan kawasan yg saya wakili.

Saya dituduh hubungi Wirawati-wirawati Warisan dan menawarkan duit, inipun fitnah. Apalah untung saya pujuk Wirawati. Wirawati-wirawati boleh berfikir dah tahu saya tidak hubungi mereka.

Tuduhan ini sudah keterlaluan, emosi, tidak matang dan tidak professional.

Saya pun tahu apa Datuk Seri Shafie Apdal buat untuk pujuk YB-YB GRS kerana saya bersama beliau dalam Warisan. Sebab itu hari ke hari berjanji bahawa Warisan akan memerintah semula. Dia beri harapan palsu kepada orang-orang Warisan.

Tapi biarlah saya diam dan saya tidak mahu bergaduh dengan sesiapa. Kita masih berkawan. Politik itu tiada musuh kekal. Hari ini berpisah, esok bersama lagi, dan berpisah lagi. Kawan tetap kawan walau berlainan fahaman politik.

Apa yang berlaku biarlah jadi rahsia kami. Ibarat orang kawin, kalau sudah bercerai janganlah dihina bekas isteri.

Sudah berpisah, cukuplah. Sepatutnya masing2 urus kehidupan atau kerja masing2.

ISU SURAT LETAK JAWATAN

Tidak betul saya meletak jawatan. Ini juga fitnah dan  penipuan pemimpin Warisan kepada awam.

Saya masih YB dan mahu berkhidmat untuk rakyat

Surat itu dibuat oleh Warisan sengaja menyerang saya.

Datuk Seri Shafie Apdal sudah desperate dan tertekan. Dia tension. Warisan sudah down akibat tindakannya juga.

Surat-surat dan video dibuat adalah dipaksa. Kalau siapa-siapa tidak buat nanti tidak boleh jadi calon Warisan.

Saya sebenarnya tidak setuju parti politik main-main agama. Tapi Datuk Seri Shafie Apdal paksa juga.

Saya sudah buat surat dan sampaikan pada Speaker menarik balik dan membatalkan semua surat-surat dan rakaman video dan saya sudah serahkan pada Speaker 11/10/21.

Surat yang viral itu adalah ‘undated later’ yang disimpan cop tarikh 08 Oct 21. Surat ini tidak boleh pakai/ tidak valid.

Surat viral tidak boleh orang lain atau pihak ketiga mewakili saya. Sepatutnya saya secara peribadi menyerahkan pada Speaker.

Datuk Seri Shafie Apdal buang masa dan beri lagi harapan palsu kepada ahli-ahli Warisan dan rakyat. Sepatutnya tahu kes saya sama dengan kes ADUN Sebatik dan tidak ada kesan. Datuk Seri Shafie Apdal makin celaru. Sepatutnya Datuk Seri Shafie Apdal tumpukan baiki Warisan. Atur bagaimana Warisan beri khidmat pada rakyat. Bukan tabur fitnah dan menyerang saya. Semakin dia attack saya semakin jatuh kredibilitinya dan rosak reputasinya.

Wassalam.

Datuk Dr Yusof Yacob

25 Comments