Rina Adun Kukusan bakal keluar Parti Warisan?
05:10 Oct 18, 2021  |  By SabahKini2
Rina Adun Kukusan bakal keluar Parti Warisan?

Lagi Adun Warisan bakal umum keluar parti dalam tempoh terdekat. Rina Hj Zainal, Ketua Wanita Warisan Bahagian Kalabakan sebelum ini di PRN hanya menang tipis 10 undi dikatakan menyuarakan hasrat itu demi rakyat di kawasannya.

Selepas Bekas Ketua Penerangan Warisan, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob meninggalkan  Parti WARISAN, kini terdapat desas desus seorang lagi ADUN Wanita warisan bakal meninggalkan parti tersebut dalam tempoh terdekat.

Menurut sumber Rina Hj Zainal, 40, Adun Kukusan sangat kecewa dengan perjuangan Presiden Parti Warisan yang dilihat semakin hilang arah.

Dalam PRN Sabah tahun lepas Rina Jainal mengetepikan calon veteran Barisan Nasional (BN) Chaya Sulaiman dengan majoriti tipis hanya 10 undi.

Rina yang juga merupakan Ketua Wirawati Warisan Bahagian Kalabakan menang dalam pertandingan tujuh penjuru di kerusi berkenaan dengan memperoleh 2,834 undi manakala Chaya mendapat 2,824 undi.

Untuk rekod kerusi yang ditandinginya itu merupakan  kerusi Dun baru di Parlimen Kalabakan dan jumlah keluar mengundi pula hanya pada kadar 53.97 peratus.

Pada 8 Oktober lalu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob, mengumumkan keluar daripada Parti Warisan Sabah (WARISAN) untuk menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong kerajaan.

Pengumuman keluar parti itu turut disertai beberapa Ketua Penerangan dan Ahli Jawatankuasa Bahagian WARISAN.

Sebelum ini Rina pernah menggesa kerajaan negeri mengagihkan peruntukan kewangan sama rata kepada setiap wakil rakyat walaupun di kawasan pembangkang. 

 

[ARTIKEL BERKAITAN- Shafie beri harapan palsu kepada YB Warisan, pujuk YB GRS sertai Warisan- Dr Yusof ]

 [ARTIKEL BERKAITAN- Dr Yusof dan 15 lagi Adun Warisan keluar parti? ]

 

 

11 Comments