Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Tawau, Amir Shah Amir Hassan kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM5,000, gagal bayar enam bulan penjara.
TAWAU: Seorang peneroka dijatuhi hukuman denda RM5,000 di Mahkamah Majistret, selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian penunggang motosikal dalam satu kemalangan, tahun lalu.
Tertuduh berumur 58 tahun menyebabkan kematian Rudy Abd Rahman, 40, pada 3 Febuari 2020, jam 9.20 pagi di simpang jalan Utara Baru, Tawau.
Mengikut pertuduhan, tertuduh memandu pacuan empat roda tanpa kecermatan dan melanggar motosikal yang dinaiki mangsa menyebabkannya meninggal dunia akibat cedera parah.
Sehubungan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda RM5,000 dan tidak lebih RM10,000 dan boleh dipenjara tidak kurang 12 bulan, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Tawau, Amir Shah Amir Hassan kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM5,000, gagal bayar enam bulan penjara.
Selain itu, tertuduh juga hilang kelayakan lesen memandu bermula tarikh sabitan kesalahan.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Kanan Asisten Superintenden Joan Lee manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Biro Bantuan Guaman.