4 penagih dadah miliki syabu ditahan
13:10 Oct 21, 2021  |  By SabahKini2
4 penagih dadah miliki syabu ditahan

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, pasukan polis berjaya menemukan tiga paket plastik lutsinar berlainan saiz di syaki mengandungi dadah jenis syabu di dalam beg tiga daripada lelaki terbabit.

TAWAU: Empat lelaki ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis syabu di Ladang Table, Bombalai, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata pihaknya menerima maklumat awam mengenai aktiviti berkaitan dadah di sebuah rumah kedai di ladang berkenaan.

“Sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau dan Balai Polis Bombalai digerakkan ke lokasi berkenaan untuk melakukan serbuan.

 “Semasa serbuan, pasukan polis mendapati terdapat empat lelaki disyaki penagih dadah berada di dalam rumah berkenaan,” katanya.

Katanya, hasil pemeriksaan, polis berjaya menemukan tiga paket plastik lutsinar berlainan saiz di syaki mengandungi dadah jenis syabu di dalam beg tiga daripada lelaki terbabit.

“Jumlah keseluruhan dadah jenis syabu yang berjaya dirampas dalam serbuan itu dianggarkan seberat 15.16 gram.

 “Hasil ujian air kencing yang dilakukan pula, kesemua suspek didapati positif dadah jenis Methamphetamine,” katanya.

Peter berkata, kesemua suspek dan barang rampasan dibawa ke IPD Tawau untuk siasatan lanjut,” katanya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1), Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Comment