Dua kenderaan bertembung, 1 maut dan 2 cedera
16:10 Oct 22, 2021  |  By SabahKini2
Dua kenderaan bertembung, 1 maut dan 2 cedera

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, mangsa, pemandu van, Faizal Lorong, 49, disahkan meninggal dunia dipercayai akibat kecederaan parah. Manakala dua lagi mangsa iaitu anak lelaki Faizal berusi

PAPAR: Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas sebuah van bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda (4×4) dalam kejadian di Kampung Safoda, Jalan Papar, malam tadi.

Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, mangsa, pemandu van, Faizal Lorong, 49, disahkan meninggal dunia dipercayai akibat kecederaan parah.

Manakala dua lagi mangsa iaitu anak lelaki Faizal berusia 15 tahun dan pemandu Toyota Hilux yang identitinya belum diperolehi hanya mengalami kecederaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.43 malam.

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan 10 anggota dan pegawai bersama jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandu van Nissan Vanette didapati tersepit di tempat duduk pemandu dan operasi mengeluarkan mangsa terus dijalankan.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang turut hadir di lokasi kejadian,” katanya hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala dua lagi mangsa diberikan rawatan oleh pasukan EMRS.

Katanya, kedua-dua mangsa yang terselamat kemudiannya dihantar ke Hospital Papar dan Hospital Queen Elizabeth II menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut.

Comment