Pengarah AMLA SPRM didakwa dera, tidak bayar gaji pembantu rumah?
22:10 Oct 23, 2021  |  By SabahKini2
Pengarah AMLA SPRM didakwa dera, tidak bayar gaji pembantu rumah?

Zamri Pengarah AMLA buat hal lagi. Penaja blog Edisisiasatmy itu dilaporkan mendera orang gajinya. Apakah benar biarlah pihak berkuasa menyiasatnya. Zamri dengan pasukannya sekarang sedang menyerang Azam Baki KP SPRM

Hari ini tular berita mengenai pegawai SPRM paling bermasalah Zamri Zainul Abidin Pengarah AMLA SPRM didakwa memukul kepala, mencederakan tangan dan tidak membayar gaji orang gajinya.

Menurut laporan media pegawai berusia 40 an itu dilaporkan disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 atas kesalahan tidak membayar gaji.

Difahamkan kes tersebut berlaku pada 18 Oktober lalu di kediaman Pegawai berkenaan di Kelana Jaya, Petaling Jaya.

Mangsa dikatakan berjaya lari daripada rumah dan mendapatkan bantuan daripada kedutaan Indonesia dan membuat laporan polis atas nasihat pegawai daripada kedutaan tersebut.

Sama ada kes ini benar atau tidak bukan sesuatu yang menghairankan buat pegawai SPRM seperti Zamri Zainul Abidin bekas orang kanan Tan Sri Shukri Abdull dan Lathefa Koya

Banyak kes penganiayaan AMLAnya gagal terutama pembekuan dana UMNO pusat, bahagian, NGO dan syarikat-syarikat yang terkait 1MDB.

Terdapat sumber mendedahkan team Zamri Zainul Abidin ini bersama bekas KP SPRM lama Tan Sri Shukri Abdull menaja blog Edisisiasatmy untuk menyerang Datuk Sri Azam Baki KP SPRM sekarang termasuk anak-anak buahnya. Blog ini menggunakan segala maklumat yang mereka ada dalam SPRM untuk menjatuhkan lawan mereka di dalam SPRM.

Sudah tiba masa Azam Baki KP SPRM wajar memecatnya dari jawatan Pengarah AMLA SPRM itu.

Terbukti Lim Guan Eng,Dr M salah guna kuasa arah Tommy Thomas, Shukri SPRM  batal beku akaun Taikun DAP

 

 

2 Comments