Daim dimalukan di China, PH henti siasatan 2018 kini desak SPRM siasat Projek Trans Sabah Gas Pipeline?
14:10 Oct 24, 2021  |  By SabahKini2
Daim dimalukan di China, PH henti siasatan 2018 kini desak SPRM siasat Projek Trans Sabah Gas Pipeline?

Bukankah tahun 2018 hubungan Malaysia -China tegang kerana penamatan projek TSGP dan MPP? Daim wakil Ph ke China dimalukan Shukri KP SPRM apabila serbu 13 lokasi. Selepas itu kes senyap hingga PH hilang kuasa

Tiba-tiba Pakatan Harapan (PH) yang sebelum ini menghentikan siasatan projek Multi-product Pipeline (MPP) dan Trans-Sabah Gas Pipeline (TSGP) pada julai 2018 menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat semula projek itu.

Bukankah ketika itu PH sibuk menghentikan projek Saluran Paip Gas Trans Sabah (TSGP) Multi-product Pipeline (MPP) pada masa sama menghentikan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Singapura-Kuala Lumpur?

Apakah Pakatan Harapan lupa pada bulan julai 2018 Tun Dr Mahathir dan PH telah menghantar Tun Daim Zainuddin ketua Majlis Penasihat Kerajaan bersama beberapa pegawai ke Beijing membincangkan projek dan kontrak syarikat Kerajaan China?

[ARTIKEL BERKAITAN- Daim berang dengan Shukri KP SPRM malukannya di China ]

Daim berang dengan Shukri KP SPRM malukannya di China

Penggantungan 3 kontrak dengan syarikat China oleh Menteri Kewangan melibatkan  2 projek paip gas Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER) dan ECRL Hubungan Malaysia -China tegang ketika itu.

Daim dilapor bertemu Menteri Luar Negeri China, Wang Yi di Beijing dan dalam masa sama syarikat China Communication Construction Company (CCCC) diserbu SPRM.

SPRM merampas dokumen projek di 13 lokasi Lembah Kelang projek China itu. Daim di Malukan di China. Perundingan tak selesai tetapi SPRM menyerang pihak yang terlibat projek itu. Bukan rahsia Daim mengadu Tun Dr Mahathir tentang Datuk Seri Shukri Abdull KP SPRM yang memalukannya.

PH dan SPRM menangguhkan siasatan projek itu sehinggalah PH tumbang tiada tindakan langsung.

Dari bulan Julai 2018 hinggalah PH berakhir dipenghujung februari 2020 tidak pula Lim Guan Eng Menteri Kewangan dan PH bercerita mengenai projek Saluran Paip Gas Trans Sabah (TSGP). Di mana PH? Kalau benar ada kesalahan mengapa Tommy Thomas Peguam Negara ketika itu tidak membuat pendakwaan saja sebagaimana beliau lakukan terhadap kes 1MDB. 

Mengapa baru sekarang PH sibuk semula mahu siasatan dibuat projek TSGP dan MPP itu? Jika benar mahu disiasat sejak zaman Shukri Abdull siasatan selesai dan ramai didakwa.

Jika sekalipun projek ini disambung pastinya ada asas untuk meneruskan projek yang baik untuk rakyat terutamanya di Sabah. 

Apa Lim Guan Eng buat?

Apa yang jelas ketika Tun M sebagai PM, Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan mengarahkan Tommy Thomas Peguam Negara dan Dato’ Sri Shukri Abdul Ketua Pesuruhjaya SPRM salah guna kuasa  membatalkan arahan pembekuan ke atas 4 akaun bank milik seorang jutawan hartanah Tan Sri Lim Soon Peng (Titijaya Group) yang dikaitkan dengan 1MDB.

Bukankah ini salah guna kuasa? Mengapa taikun boleh dilepaskan tetapi orang lain PH bertegas ambil tindakan?

[ARTIKEL BERKAITAN - Terbukti Lim Guan Eng,Dr M salah guna kuasa arah Tommy Thomas, Shukri SPRM batal beku akaun Taikun DAP ]

Terbukti Lim Guan Eng,Dr M salah guna kuasa arah Tommy Thomas, Shukri SPRM batal beku akaun Taikun DAP

 

4 Comments