Warisan takut kalah tidak sertai PRN Melaka
15:10 Oct 28, 2021  |  By SabahKini2
Warisan takut kalah tidak sertai PRN Melaka

Sekalipun Parti Warisan Sabah yang sebelum ini mengumumkan menjadi ‘Parti Malaya’ namun PRN Melaka Warisan tidak bersedia dan sedar tidak boleh menang. Warisan hanya mahu fokus PRU15 bersama parti MUDA diketuai Syed Saddiq

Parti Warisan Sabah (Warisan) yang sebelum ini mahu menjadi ‘Parti Malaya’ bukan lagi parti lokal mengumumkan tidak akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka walaupun ada permintaan untuk parti itu berbuat demikian.

[ARTIKEL BERKAITAN-Warisan jadi 'Parti Malaya' mahu tanding 222 kerusi parlimen]

Warisan jadi 'Parti Malaya' mahu tanding 222 kerusi parlimen

Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, biarpun Warisan akan melebarkan sayap ke Semenanjung, namun untuk terlibat dalam PRN Melaka, ia masih terlalu awal.

Warisan katanya akan memberi tumpuan terhadap persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

"Kita tak campur tangan dalam urusan PRN Melaka. Untuk terlibat di semenanjung masih terlalu awal.

"Jadi, Warisan tidak meletakkan sebarang calon," katanya

Pendirian itu mengesahkan Warisan tidak bersedia dan tahu akan kalah jika menyertai PRN Melaka pada 20 November depan sekalipun bersama Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) pimpinan Dr Mahathir dan juga Parti MUDA diasaskan Syed Saddiq.

Mohd Shafie memaklumkan usaha Warisan mengembangkan sayap ke Semenanjung akan bergabung dengan Parti MUDA yang sekarang belum mendapat kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

"Setakat ini saya dah lakukan perbincangan dengan Pengasas Bersama Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan beberapa pimpinan lain dan mereka menyatakan kesediaan untuk menyertai Warisan.

 Shafie Apdal sedang memulihkan imej Warisan dari dianggap sebagai parti 'Sempornarian' di Sabah yang menyebabkan Warisan kalah PRN tahun lalu disamping meneruskan impiannya sebagai Perdana Menteri ke 10 tanpa Anwar Ibrahim

 

5 Comments