PBB MOSAR bantu pendaki Gunung Kinabalu cedera
16:10 Oct 30, 2021  |  By SabahKini2
PBB  MOSAR bantu pendaki Gunung Kinabalu cedera

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, mangsa berusia 47 tahun mengalami kecederaan di bahagian kaki dan pasukan kita membawa mangsa turun dari Sayat-Sayat Hut ke Timpohon Gate.

RANAU: Pasukan Bomba Bantuan (PBB) Mencari dan Menyelamat Gunung (MOSAR) berjaya melaksanakan bantuan membawa turun seorang wanita yang cedera semasa menuruni Gunung Kinabalu semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, keadaan angin kencang serta cuaca sejuk sama sekali tidak menghalang operasi kira-kira jam 9 pagi itu.

“Semasa kejadian, mangsa berusia 47 tahun mengalami kecederaan di bahagian kaki dan pasukan kita membawa mangsa turun dari Sayat-Sayat Hut ke Timpohon Gate.

“Mangsa dilaporkan terjatuh sehingga menyebabkan kaki kiri bengkak dan mangsa sukar untuk bergerak,” katanya.

Menurutnya pasukan PBB MOSAR menggunakan peralatan pengusung oleh PBB MOSAR dan malim gunung bagi melaksanakan operasi ini.

“Mangsa selamat tiba di Timpohon Gate kira-kira jam 7 malam dan diserahkan kepada Unit EMRS Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau untuk rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Ranau," katanya.

Menurutnya operasi dilaksanakan sepasukan enam anggota dan pegawai digerakkan ke lokasi kejadian sebelum tiba jam 10.10 pagi.

1 Comment