Bayi terkorban dalam kebakaran di Sandakan
16:10 Oct 30, 2021  |  By SabahKini2
Bayi terkorban dalam kebakaran di Sandakan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan laporan kebakaran itu pada jam 11.09 malam dan 18 anggota bomba dikerah ke lokasi.

SANDAKAN: Seorang bayi lelaki rentung selepas sebuah rumah di Jalan Dua, pusat bandar Sandakan, terbakar, malam tadi.

Dalam kejadian jam 11.05 malam itu, mangsa dikenali sebagai Adam berusia satu tahun, dilaporkan rentung akibat kebakaran itu.

Difahamkan, rumah berkenaan adalah rumah sewa yang dihuni kira-kira 20 penghuni termasuk keluarga bayi terbabit.

Ketika kejadian, ibu bapa bayi berkenaan tidak berada di rumah dan mangsa dikatakan, dijaga oleh adik-beradiknya yang lain.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan laporan kebakaran itu pada jam 11.09 malam dan 18 anggota bomba dikerah ke lokasi.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, api sudahpun marak di tingkat tiga bangunan enam tingkat berkenaan.

“Operasi pemadaman segera dijalankan dengan menggunakan sumber air dari lori tangki bomba.

“Api berjaya dikawal jam 12.24 tengah malam dan pemeriksaan lanjut menemui bayi rentung berkenaan,” katanya.

Jimmy berkata, mayat bayi itu kemudiannya diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk tindakan lanjut.

Katanya, punca kejadian sebenar dan anggaran nilai kerugian masih dalam siasatan.

1 Comment