Kenderaan pacuan 4 roda hilang kawalan terbabas
15:11 Nov 01, 2021  |  By SabahKini2
Kenderaan pacuan 4 roda hilang kawalan terbabas

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, kejadian berlaku ketika pemandu yang berumur 19 tahun itu dalam perjalanan dari Bandar Sri Indah menuju ke Taman Amanah.

TAWAU: Seorang lelaki cedera di bahagian kaki selepas kenderaan yang dipandunya terbabas di Batu 7 Jalan Apas, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, kemalangan tersebut berlaku kira-kira jam 8.30 malam melibatkan sebuah kenderaan pacuan 4 roda.

Katanya, kejadian berlaku ketika pemandu yang berumur 19 tahun itu dalam perjalanan dari Bandar Sri Indah menuju ke Taman Amanah.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, lelaki terbabit hilang kawalan pemanduannya yang menyebabkan kenderaannya terbabas ke pembahagi jalan.

“Kenderaan mangsa juga turut melanggar empat batang pokok dan sebatang tiang lampu jalan sebelum masuk semula ke laluan arah bandar Tawau,” katanya semalam.

Katanya, lelaki berkenaan mengalami kecederaan di bahagian kaki, manakala kenderaannya mengalami kerosakan hampir keseluruhannya.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan itu berpunca daripada kecuaian pemandu pacuan empat roda terbabit yang menyebabkan kenderaannya hilang kawalan.

“Bagaimanapun, pemandu terbabit tidak disyaki mabuk dan kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59,” katanya.

Comment