Sabah merekodkan 549 kes baharu COVID-19
17:11 Nov 02, 2021  |  By SabahKini2
Sabah merekodkan 549 kes baharu COVID-19

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada 549 kes yang dicatatkan, 155 kes adalah kes-kes yang didaftar lewat dua hari atau lebih selepas keputusan saringan diketahui.

KOTA KINABALU:  Hampir semua daerah di Sabah merekodkan jumlah kes baharu tinggi hari ini berbanding hari sebelumnya.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, Sabah merekodkan 549 kes baharu COVID-19 dengan peningkatan sebanyak 156 kes.

"Sebanyak 16 daerah mencatatkan peningkatan kes, lapan daerah mencatatkan peningkatan ketara iaitu Beaufort 32 kes, Kudat 19 kes, Kota Belud 18 kes, Kota Marudu 18 kes, Tenom 17 kes, Kinabatangan 17 kes, Pitas 13 kes, Lahad Datu 12 kes dan Ranau 11 kes.

"Tujuh daerah merekodkan penurunan, namun hanya satu daerah menunjukkan penurunan signifikan berbanding 1 November lalu iaitu Sipitang dengan 16 kes. Empat daerah lagi kekal dengan catatan sebagaimana semalam," katanya hari ini.

Beliau berkata, daripada 549 kes yang dicatatkan, 155 kes adalah kes-kes yang didaftar lewat dua hari atau lebih selepas keputusan saringan diketahui.

Katanya, kes-kes baharu yang berlaku dan didaftar dalam tempoh 24 jam yang lalu berjumlah 394 kes daripada jumlah keseluruhan.

"Kes-kes jangkitan yang dianggap serius kekal rendah. Jumlah kes dalam Kategori 3 ialah dua orang, Kategori 4 lima orang dan Kategori 5 tiga orang. 

"Kebanyakan kes jangkitan adalah dalam Kategori 2, iaitu 465 orang dan Kategori 1, 69 orang. Lima kes lagi masih dalam siasatan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

Comment