Kes baharu COVID-19 di Sabah turun kepada 655 kes
18:11 Nov 04, 2021  |  By SabahKini2
Kes baharu COVID-19 di Sabah turun kepada 655 kes

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, Sabah merekodkan 14 daerah yang mencatatkan penurunan kes dengan lima daripadanya merekodkan penurunan signifikan. Katanya antara daerah itu termasuklah Kinabatangan berkurang 26 kes, Ko

KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan penurunan bilangan kes baharu pada skala kecil iaitu 655 kes berbanding hari sebelumnya.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, Sabah merekodkan 14 daerah yang mencatatkan penurunan kes dengan lima daripadanya merekodkan penurunan signifikan.

Katanya antara daerah itu termasuklah Kinabatangan berkurang 26 kes, Kota Belud 21 kes, Sandakan 21 kes, Kota Kinabalu 20 kes dan Kota Marudu 16 kes.

“12 daerah bagaimanapun mencatatkan peningkatan dengan enam daerah meningkat  agak tinggi iaitu Tuaran bertambah 24 kes, Putatan 18 kes, Tawau 15 kes, Pitas 14 kes, Ranau 11 kes dan Penampang 11 kes.

“Semporna kekal dengan catatan sebagaimana semalam dan tiga daerah tidak merekodkan sebarang kes iaitu Kunak, Tongod serta Kalabakan,” katanya.

Masidi berkata saringan kontak rapat dan saringan bergejala terus menjadi penyumbang utama kes baharu di setiap daerah di negeri ini.

“52.82 peratus daripada jumlah kes keseluruhan berpunca daripada saringan kontak rapat dan 40.61 peratus lagi berpunca melalui saringan bergejala.

“418 kes atau 63.82 peratus daripada jumlah kes hari ini adalah kes yang didaftar dalam tempoh 24 jam yang lalu manakala 237 kes lagi adalah kes lewat daftar antara dua hingga seminggu,” katanya.

Dalam pada itu masidi berkata kes jangkitan yang dianggap kritikal masih dalam bilangan sedikit iaitu masing-masing hanya seorang bagi kategori lima dan empat diikuti dua orang bagi kategori tiga.

Katanya kebanyakan kes jangkitan adalah dalam Kategori dua dengan mencatatkan seramai 568 orang dan 79 orang bagi kategori satu manakala empat kes mmasih dalam siasatan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).

Comment