Perodua Axia bertembung Isuzu D Max, satu maut
16:11 Nov 06, 2021  |  By SabahKini2
Perodua Axia bertembung Isuzu D Max, satu maut

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Jamaludin Husin berkata, Kemalangan membabitkan kereta Perodua Axia dan pacuan empat roda jenis Isuzu D Max. Pemandu Perodua Axia lelaki tersepit di dalam kereta dan mangsa dikeluarkan dengan men

Penampang: Seorang lelaki maut selepas tersepit di dalam kenderaannya dalam kemalangan di Jalan Ramayah, petang semalam.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Zursidin Nordin, 28 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Jamaludin Husin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.17 petang.

Katanya, sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Penampang dengan sembilan anggota ke tempat kejadian.

“Kemalangan membabitkan kereta Perodua Axia dan pacuan empat roda jenis Isuzu D Max.

“Pemandu Perodua Axia lelaki tersepit di dalam kereta dan mangsa dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas,” katanya.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh doktor dari Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu.

Katanya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Tiga individu yang berada di dalam pacuan empat roda tidak mengalami kecederaan,” tegasnya.

Comment