Selepas Sabah kini Selangor. PH perul teruskan perebutan kerusi
Pakatan Harapan yang dipengerusikan oleh Dr Mahathir amat pasti tidak akan menang dalam Pilihanraya ke 14. Pakatan akan selamanya berpecah sebagaimana cerita Pakatan sebelum ini. Bezanya kali ini DAP menggunakan Mahathir sebagai kudanya. Pakatan akan terus berbalah sehingga pilihanraya nanti. Bukan senang mahu membahaagikan kerusi pilihanraya.
Kredit Infografik: SuaraSabah.com
Sementara itu polemik perbalahan antara Parti Warisan dan DAP berhubung penentuan kerusi di Sabah 60% dan 40% saja sudah menggegarkan bumi Sabah. Pakatan Harapan Sabah Christina Liew kelam kabuit membetulkan rakannya dari DAP berhubung kerusi itu. Shafie yang sebelum ini tidak mahu bergabung dengan Pakatan Harapan dari Semenanjung kini terpaksa menjilatnya semula dan akan berada dibawah naungan Mahathir.
Kini gegaran berebut kuasa itu semakin membesar apabila Pakatan harapan Selangor pula sedang bergelut. Azmin menempelak PAN sebagai 'pembohong' dan tidak amanah manakala parti PAN pula mengatakan Azmin 'Badut' dan tidak layak jadi MB. Menarik persembahan mereka sehingga memaksa Mahathir menegur Pakatan Selangor agar menyelesaikan percakaran secara terbuka itu ke meja rundingan.
Tidak cukup itu seorang lagi Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP Ronnie Liew mengecam Azmin yang dirakamkan berkata Amanah negeri tidak amanah apabila mendakwa jawatankuasa rundingan pengagihan kerusi DUN di Selangor belum dibentuk. Azmin mendakwa parti komponen PH sudah bermesyuarat 4 kali untuk membincangkan pengagihan kerusi dan 80% kerusi sudah diputuskan.
“Jangan fikir kami semua (termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad) bodoh dan hanya kamu seorang yang bijak dan baik dalam politik,” kata Ronnie di Facebooknya.
“Sekarang semua orang dalam PH tahu siapa kamu.”
Selain Amanah negeri, DAP Selangor berkata mereka juga tidak tahu 80% kerusi sudah diputuskan.
“Bagi saya, kamu sudah gagal teruk. Kamu tidak layak jadi pengerusi negeri kami,” kata Ronnie.
Ronnie pernah menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bawah pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim. Beliau memegang portfolio kerajaan tempatan, kajian dan penyelidikan dari 2008 hingga 2013.
Perkelahian antara parti komponen PH tercetus selepas Amanah dan DAP negeri berkata mereka tidak tahu tentang mesyuarat pengagihan kerusi DUN di Selangor seperti yang didakwa oleh Azmin.
Pengerusi Amanah Selangor Izham Hashim dan Pengerusi DAP Selangor Tony Pua berkata mereka hanya menghadiri 4 mesyuarat jawatankuasa pilihan raya sahaja, yang membincangkan strategi untuk PRU14. Reaksi Amanah dan DAP itu menyaksikan serangan bertalu-talu daripada beberapa pemimpin PKR negeri.
Rundingan pengagihan kerusi DUN Selangor sepatutnya dimuktamadkan 31 Januari lalu terpaksa dilanjutkan untuk seminggu lagi berikutan pertikaian antara parti komponen.
Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya PH Selangor Dr Xavier Jayakumar berkata yang pasti PKR akan meletakkan semua calon kerusi yang sedia ada mereka miliki. Turut mengesahkan ialah Zuraida Kamaruddin Ketua Wanita PKR tentang kerusi mereka. Ini bermakna PAN dan PPBM akan berebut kerusi di kerusi UMNO/BN dan DAP.
Dalam kemelut PKR dan PAN di Selangor Dr Afif Bahardin Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat yang juga ADUN Seberang Jaya dan EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang turut menyindir Parti PAN sebagai parti kecil iaitu 1.4-1.5 peratus saja penguasaan dalam Pakatan Harapan. Tak ada kerusi kecoh satu Malaysia.
Sementara itu dalam media sosial dan aplikasi whatapps pemimpin PKR beramai-ramai mengecap pemimpin PAN dan DAP yang menyerang Azmin MB Selangor.
Naib Ketua Pemuda PKR Razlan Jalaudin misalnya pula mengecam Ronnie Liu DAP sebagai 'batu api'.
“Kami tidak melayan batu api. Sepatutnya sebagai pemimpin pakatan Harapan kita perlu menjadi orang tengah sebagai pendamai.”
Ketua Cabang PKR Sg Besar turut membela Azmin Ali dan mengajak PKR menentang PPBM secara terbuka.