Sabah mencatat sedikit penurunan kes COVID-19
16:11 Nov 16, 2021  |  By SabahKini2
Sabah mencatat sedikit penurunan kes COVID-19

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, walaupun berlaku penurunan kes, namun bilangan daerah yang mencatatkan peningkatan melebihi jumlah daerah yang mencatatkan penurunan.

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan sebanyak 487 kes baharu COVID-19 hari ini dengan penurunan sebanyak 13 kes berbanding semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, walaupun berlaku penurunan kes, namun bilangan daerah yang mencatatkan peningkatan melebihi jumlah daerah yang mencatatkan penurunan.

"Sebanyak 15 daerah mencatatkan peningkatan kes dan 10 daerah mencatatkan penurunan, manakala dua daerah lagi tiada perubahan jumlah kes.

"Daerah yang mencatatkan penurunan ketara ialah Kota Kinabalu, Ranau, Kota Belud, Kuala Penyu, Tuaran, dan Tenom. Daerah yang mencatatkan peningkatan ketara ialah Kota Marudu, Beaufort, Putatan, Beluran, dan Pitas," katanya.

Beliau berkata, sebanyak 320 kes atau 65.7 peratus daripada kes yang direkodkan adalah kes yang berlaku dalam tempoh 24 jam. 

Menurutnya, selebihnya adalah kes yang berlaku lebih awal tetapi didaftar lewat selepas keputusan diketahui. Terdapat dua kes lewat daftar enam hari dan satu kes melebihi 12 hari.

Masidi berkata, kes yang berpunca daripada saringan bergejala atau kes sporadik sebanyak 195 kes atau 40 peratus dan kes berkenaan biasanya berpunca daripada kegagalan individu mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Comment