Agong titah Kerajaan tangani kerugian RM620 juta Laporan Ketua Audit Negara
17:11 Nov 16, 2021  |  By SabahKini2
Agong titah Kerajaan tangani kerugian RM620 juta Laporan Ketua Audit Negara

Kerajaan harus segera merangka strategi berkesan untuk menangani isu yang diketengahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2020, titah Baginda. Semakan menunjukkan antara syarikat terlibat ialah konsesi Sapura dan My E.G Services..

Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah baru-baru ini bertitah baginda mahu tindakan diambil bagi menangani kerugian RM620 juta yang diketengahkan dalam laporan terbaru ketua juruaudit negara.

Kerajaan harus segera merangka strategi yang lebih berkesan untuk menangani isu yang diketengahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2020, titah Baginda pada majlis sambutan hari keputeraan rasmi baginda di Istana Negara sabtu lalu.

Dalam laporan yang dikeluarkan di Parlimen pada 28 Okt lepas, Ketua Audit Negara Nik Azman Nik Abdul Majid berkata sejumlah RM620.07 juta dana awam telah hilang atau dibazirkan tahun lepas berikutan ketidakpatuhan prosedur pengurusan kewangan oleh kementerian dan jabatan persekutuan.

MKN dan Projek GIRN SAPURA

Menurut  Nik Azman  daripada RM510.49 juta pembayaran tidak teratur, RM499.19 juta melibatkan bayaran tuntutan perkhidmatan penyenggaraan tanpa pengesahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi Projek Rangkaian Trunk Radio Bersepadu Kerajaan (GIRN) yang telah dibayar kepada syarikat konsesi Sapura Research Sdn. Bhd anak syarikat SAPURA 

Bukan itu sahaja pembayaran penuh yang dibuat ini menyebabkan potongan rebat berjumlah RM2.5 juta tidak dibuat, tuntutan insurans oleh syarikat konsesi berjumlah RM23.51 juta tidak wajar dituntut telah dibayar kepada syarikat konsesi.

Projek My E.G Services Berhad (505639-K)

Sementara itu, daripada RM104.79 juta kerugian wang awam, RM81.69 juta merupakan penalti belum tuntut daripada syarikat konsesi My E.G Services Berhad bagi projek Kutipan Hasil Pas Lawatan Kerja Sementara Secara Dalam Talian Melalui Syarikat Perkhidmatan yang tidak dikenakan Jabatan Imigresen

Jabatan Imigresen (Melalui KDN) sebelum ini  telah melantik syarikat My E.G Services Berhad (505639-K) pada 1 Mac 2017 bagi menguruskan perkhidmatan pembaharuan PLKS secara dalam talian. Perjanjian dimeterai bagi tempoh lima tahun mulai 23 Mei 2015 hingga 22 Mei 2020. Had bumbung nilai kontrak adalah berjumlah RM553.85 juta atau RM110.77 juta setahun. Berikutan tamatnya kontrak asal, KDN pada 30 Jun 2020 telah mengeluarkan surat pelanjutan kontrak kepada syarikat perkhidmatan 505639-K selama tiga tahun berkuat kuasa mulai 23 Mei 2020 hingga 22 Mei 2023. 1.3. Perkhidmatan pembaharuan PLKS secara dalam talian melalui syarikat My E.G Services Berhad membenarkan majikan memperbaharui permit kerja pekerja asing menerusi portal permohonan lanjutan PLKS secara individu atau berkelompok mengikut prosedur dan syarat kelayakan yang ditetapkan oleh JIM. Hasil kutipan PLKS melalui syarikat My E.G Services Berhad bagi tempoh 2018 hingga 2020 ialah masing- masing berjumlah RM2.002 bilion, RM2.608 bilion dan RM1.686 bilion.

Pembaziran lebih 6 juta melibatkan peralatan lewat diterima dan tidak dipasang di Istana Budaya. Projek Kerja Menaik Taraf Sistem Kawalan dan Automasi Pentas di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) secara rundingan terus dengan nilai kontrak berjumlah RM34.22 juta 2016 oleh syarikat Australia A.C.N. 611 173 525 PTY LTD bernilai RM34.22 juta itu gagal disiapkan sehingga dilantik kontraktor penyelamat MHMT Engineering Sdn. Bhd. (559113-M) dengan kontrak baru RM14.4 juta yang juga gagal menyiapkan projek.

Laporan Ketua Audit Negara 2020 banyak membangkitkan ketirisan kementerian dan agensi kerajaan terutama isu agensi membuat bayaran terlebih dahulu tanpa pengesahan dan juga projek konsesi mengutip hasil kerajaan tetapi tidak dilakukan oleh agensi. Apa sebenarnya berlaku kepada ketua-ketua jabatan agensi itu?

Sehubungan itu Baginda Yang di-Pertuan Agong bertitah bahawa kerajaan perlu merangka pendekatan yang lebih berkesan untuk menangani pembaziran dan kerugian dalam perbelanjaan kerajaan.

 “Kerajaan perlu segera merangka strategi dan pendekatan yang lebih berkesan untuk menanganinya supaya ia tidak berulang,” katanya.

 Hari keputeraan rasmi Raja telah disambut pada 7 Jun lalu, tetapi tiada sambutan diadakan ketika itu kerana penularan Covid-19.

 Dalam ucapannya, Sultan Abdullah juga bertitah negara akan terus berdaya saing dan mencapai tahap yang lebih tinggi jika konsep keterangkuman digabungkan dengan semangat “Keluarga Malaysia”

 Tambahnya, pelaksanaan program di bawah konsep Keluarga Malaysia perlu diteliti, diperhalusi dan ditambah baik dari semasa ke semasa.

 “Pandangan dan cadangan rakyat juga harus diterima oleh agensi pelaksana dengan hati terbuka,” katanya.

 Baginda turut mengalu-alukan pembentangan Bajet 2022, bertemakan “Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera” dan merakamkan penghargaan bagi Rancangan Malaysia Ke-12 yang diluluskan tanpa pindaan melalui undian suara.

 “Harapan saya, peruntukan bajet kerajaan akan diuruskan dengan teliti untuk memberi impak optimum kepada negara terutama dalam usaha membasmi kemiskinan dan meningkatkan sosioekonomi dan taraf hidup rakyat,” katanya.

 'Pulangan yang lebih baik dari setiap sen'

Susulan titah Yang Dipertuan Agong itu menjadi persoalan siapakah pegawai kementerian dan agensi yang terlibat ketirisan dana kerajaan lebih RM600 juta itu? Dalam kes projek GIRN adakah Ketua Pengarah MKN terlibat? Imigresen adakah KP Imigresen atau pegawai Kementerian terlibat? Syarikat Sapura dan MyEG Service bukan syarikat kecil mereka syarikat 'taikun' besar yang tentu punya 'kabel' dalam kementerian dan agensi. 

4 Comments