1000 pekerja derita, SFI digulung bukti kegagalan GTC, Shafie Warisan kerana lapar komisen syarikat China!
05:11 Nov 17, 2021  |  By SabahKini2
1000 pekerja derita, SFI digulung bukti kegagalan GTC, Shafie Warisan kerana lapar komisen syarikat China!

Akhirnya sudah dijangka SFI digulung di mahkamah kerana gagal bayar hutang. Grant Thornton gagal mengurus SFI sehingga gaji tidak dibayar.Inilah karma GTC dan Warisan bersekongkol membuang PPSB. Injunksi dan saman mahkamah membunuh SFI dan pekerjanya.

Kemelut Sabah Forest Industries Sdn Bhd (SFI) oleh Kerajaan Warisan sejak tahun 2018 yang diheret ke mahkamah sebelum ini akhirnya hampir pasti SFI bakal dimufliskan.

Inilah kepandaian Shafie Apdal dan Warisan memulakan pertelingkahan antara Grant Thornton Consulting (GTC) administrasi (receiver manager), Pelangi Prestasi Sdn Bhd (PPSB)  demi kroni Warisan syarikat China China, Lee & Man Paper Manufacturing Ltd

Berpusing-pusing di mahkamah akhirnya yang menjadi mangsa 1000 pekerja SFI menderita gaji tidak dibayar dan kini ditamatkan kerja

Sabahkini2 telah mendedahkan polemik SFI sejak sekian lama. Boleh dibaca;

[ARTIKEL BERKAITAN –  1000 pekerja SFI sengsara: Komplot Kerajaan Warisan, GTC, syarikat China singkir syarikat Bumiputera PPSB!

[ARTIKEL BERKAITAN –  Demi syarikat China, Lee Man Paper beli SFI, Shafie ke Sipitang berjanji lagi bayar gaji!

Shafie Apdal dan Warisan ketika itu hanya mampu menggunakan taktik membeli jiwa pekerja dan rakyat Sipitang dengan cubaan membayar gaji sementara tetapi terlupa kes mahkamah mungkin menghadapi masa yang sangat panjang dan tak mungkin Kerajaan Negeri berterusan menanggung kerugian syarikat itu.

Grant Thornton Consulting (GTC) pengurus SFI yang bersekongkol dengan Kerajaan Warisan dengan menyingkirkan Pelangi Prestasi Sdn Bhd (PPSB) syarikat milik Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari hanya memburukkan keadaan selepas di bawa ke mahkamah. Berangan nak berbilion dari syarikat China, mahu kutip komisen lebih besar tetapi dapat bencana daripada Pelangi Prestasi Sdn Bhd

GTC  lapar wang SFI dan Kerajaan Warisan tidak bersyukur PPBS membayar deposit sebanyak RM120 juta daripada RM1.2 bilion harga pengambilalihan SFI, selain telah membayar gaji pekerja SFI daripada Mac 2018 sehingga Mac 2019, serta gaji tertunggak oleh GTC sejak Januari 2018 yang sepatutnya GTC bayar tetapi mereka tamak.

Apa GTC dapat?

Pada bulan Julai 2021 GTC mencungap lagi selepas gagal melunaskan 4 bulan gaji pekerja SFI. GTC dan Warisan mulalah mencipta naratif baru menggunakan media dan NGO pekerja kononnya Kerajaan Negeri tidak membayar gaji sedangkan GTC adalah syarikat yang bertanggungjawab.

Ya GTC bertanggungjawab terhadap maybank yang melantik mereka tetapi sebagai administrasi atau Receiver & Manager (R&M) mereka juga perlu bertanggungjawab terhadap pengurusan gaji syarikat. GTC juga tertakluk dibawah Akta Pekerjaan 1955 dan jika di Sabah bab 67 Ordinan Buruh.

Lantaran itu Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Tenaga Kerja Sabah telah memanggil GTC.  Sehingga kini tidak diketahui status siasatan GTC.

Kerajaan Negeri telah memberi banyak ruang kepada GTC termasuk lesen kebenaran menebang balak namun apa GTC lakukan? Dan kini selepas GTC-SFI bertambah parah mereka mahu Kerajaan GRS bertanggungjawab menyelesaikannya.

GTC dilaporkan mencuri balak SFI tetapi tidak membayar gaji pekerja SFI. Jadi tidak hairanlah kerajaan negeri menamatkan lesen balak SFI.

[ARTIKEL BERKAITAN- Grant Thornton curi hasil balak SFI tapi gaji pekerja tak dibayar! Kerajaan Sabah, SPRM digesa siasat GTC ]

Grant Thornton curi hasil balak SFI tapi gaji pekerja tak dibayar! Kerajaan Sabah, SPRM digesa siasat GTC


 

GTC Malaysia diketuai Dato’ Narendrakumar A/L Chunilal Rugnath sebagai Pengarah Urusannya anaknya Kishan Narendra Jasani orang ‘Malaya’ tidak pedulipun siapa pekerja SFI atau orang Sabah.

SFI berhutang dengan banyak institusi kewangan termasuk para kontraktor. Maka tidak hairan jika SFI cuba dimufliskan.

SFI digulung!

Isnin lalu Sabah Forest Industries (SFI) diperintah oleh Mahkamah Tinggi untuk menggulung perniagaannya selepas gagal membayar hutang.

Pesuruhjaya Kehakiman Leonard Shim mengeluarkan perintah penggulungan itu selepas SFI gagal membayar hutang kira-kira RM2.7 juta kepada kontraktornya Lee Khoon Hoo dan yang lain.

Hakim Shim berkata bahawa SFI telah diberi banyak peluang untuk menyelesaikan tetapi gagal membayar jumlah itu tanpa mengira walaupun masa yang mencukupi diberikan oleh mahkamah,” kata peguam bagi pemiutang Sabah Development Bank Berhad Datuk Fuad Ahmad

“Memandangkan SFI tidak dapat membayar hutangnya kerana ia telah cukup tempoh dan tidak mampu bayar, mahkamah wajar untuk memberikan petisyen penggulungan. SFI kini akan dibubarkan,” katanya.

Penghakiman Shim memperuntukan di bawah Seksyen 465(1)(e) Akta Syarikat 2016. Hakim Shim juga memerintahkan penerima rasmi dilantik sebagai penyelesai syarikat dan kos RM5,000 dibayar daripada aset syarikat.

SFI diwakili peguam Sukumaran Vanugopal.

Saman Lee Khoon Hoo Transport pasti membuka saman kepada tuntutan syarikat lain selepas ini bahawa SFI mempunyai banyak hutang dengan pelbagai pihak. 

Apa yang pasti GTC sebagai pengurus SFI gagal mengawal selia SFI. Mereka sedang berusaha menguburkan SFI. inilah legasi Shafie Apdal dan Warisan yang akan terus dikenang jika SFI berjaya digulungkan. 

18 Comments