PPM rampas rokok seludup dan tahan 2 penagih dadah
15:11 Nov 18, 2021  |  By SabahKini2
PPM rampas rokok seludup dan tahan 2 penagih dadah

Pegawai Pemerintah PPM Kudat Cyril Douglas berkata, pasukan serbuan menemukan beberapa bungkus rokok yang ditinggalkan dikawasan tersebut.

KUDAT: Pasukan Polis Marin (PPM) Kudat berjaya merampas sejumlah rokok tidak bercukai di kawasan Pasar Malam Kudat semalam.

Pegawai Pemerintah PPM Kudat Cyril Douglas berkata, bertindak dengan risikan serta maklumat awam, sepasukan anggota digerakkan bagi menjalankan siasatan di lokasi.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pasukan serbuan menemukan beberapa bungkus rokok yang ditinggalkan dikawasan tersebut. 

“Pasukan kita bagaimanapun tidak mengesan individu atau suspek yang datang ke kawasan itu untuk menuntut rokok tersebut selepas menjalankan pemantauan hampir kira-kira sejam,” katanya.

Menurutnya kesemua rampasan yang dianggarkan bernilai RM2,100 itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kudat untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, dalam operasi berasingan PPM berjaya menahan sebuah kenderaan yang dinaiki dua lelaki dalam keadaan mencurigakan pada hari sama.

“Hasil pemeriksaan serta ujian urin yang dijalankan mendapati kedua-dua suspek berumur 35 dan 49 tahun itu didapati postif dadah.

“Suspek kemudianya dibawa ke IPD Kudat untuk proses dokumentasi dan tindakan selanjutnya,” katanya.

Cyril berkata kedua-dua kes kini sedang disiasat mengikut Akta Kastam 1967 dan Akta Dadah Berbahaya 1952.

Comment