Pemukiman Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN 2018
07:02 Feb 05, 2018  |  By SabahKini2
Pemukiman Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN 2018

Pemukiman ini dijangka memberikan impak yang penting dalam meletakkan asas bagi inisiatif dan Kemajuan ASEAN sepanjang Tahun 2018.

KUALA LUMPUR – Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sesi Permukiman Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN di Singapura bermula hari ini hingga 6 Februari ini.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, sesi Pemukiman ini dijangka memberikan impak yang penting dalam meletakkan asas bagi inisiatif dan Kemajuan ASEAN sepanjang Tahun 2018.

“Antara isu utama yang akan dibincangkan oleh Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN adalah tema utama yang akan diperkenalkan oleh Singapura dalam kapasitinya sebagai ‘pengerusi ASEAN iaitu Ketahanan dan Inovasi.

“Bagi kedua-dua tema utama ini, Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN dijangka  membincangkan dan menumpukan strategi untuk mengukuhkan ketahanan kolektif ASEAN terhadap ancaman dan cabaran umum terhadap rantau ini seperti terrorisme dan keganasan melampau, isu maritim dan ancaman siber,” katanya.

Mesyuarat berkenaan juga dijangka membincangkan mengenai skim-skim yang boleh menggalakkan inovasi di rantau ASEAN.

Di samping itu, mereka juga dijangka membincangkan pembangunan ASEAN dalam usaha membina komuniti dan hubungan luar negara  ASEAN.

 

 

 

 

 

Comment