Wawa ‘Wahid Enterprise’ mengaku tidak bersalah
17:11 Nov 18, 2021  |  By SabahKini2
Wawa ‘Wahid Enterprise’ mengaku tidak bersalah

Wawa atau nama sebenarnya Nur Jawaheer Ismail, 34, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie.

Kota Kinabalu: Wawa ‘Wahid Enterprise’ yang tular di laman sosial selepas menengking seorang anggota polis bertugas di sekatan jalan raya (SJR) dituduh di Mahkamah Majistret, hari ini.

Wawa atau nama sebenarnya Nur Jawaheer Ismail, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie.

Mengikut kertas pertuduhan, kejadian dilaporkan berlaku pada jam 5.30 petang dalam sekatan jalan di Jalan kepayan, 1 Jun lalu.

Wawa didakwa mengaibkan kehormatan terhadap Koperal Maslin Samih dengan menyebut perkataan ‘nasib kau ni lelaki, kalau kau perempuan sudah lama aku kasi telanjang kau, aku rungkup kau’.

Wawa didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan Wawa diikat jamin RM2,000 dengan dua penjamin tempatan dan menetapkan 9 Disember depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwaraya DK Afiqah Alya dan Adibah Saiful manakala tertuduh diwakili peguam Luke Ressa Balang.

[ARTIKEL BERKAITAN - Video tular mengamuk, Wawa 'Wahid Enterprise' direman 2 hari]

 

9 Comments