Najib tolak tawaran hartanah 'hadiah' kelayakan bekas PM
19:11 Nov 19, 2021  |  By SabahKini2
Najib tolak tawaran hartanah 'hadiah' kelayakan bekas PM

Sebagaimana Tun D Mahathir dan semua PM di Malaysia di bawah Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 layak mendapat kemudahan seperti pejabat, pegawal pengiring, rumah kediaman, penerbangan, pencen dll.Namun Najib akhirnya menolak hadiah kelayakan ini

MELAKA - Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan keputusannya menolak tawaran peruntukan tanah bernilai RM100 juta (anggaran) oleh kerajaan kepadanya seperti dilaporkan sebelum ini.

Menurut bekas Perdana Menteri keenam itu, tindakan tersebut diambil selepas isu peruntukan berkenaan dijadikan modal politik oleh pembangkang dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

"Permohonan ini berdasarkan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 yang mana akta tersebut telah dipinda  pada tahun 2013," kata Ahli Parlimen Pekan itu dalam sidang media di sini, pada Jumaat.

Akta ini dipinda ketika Tun Dr M sebagai PM4.

Kata Najib lagi, meskipun peruntukan itu belum diluluskan, namun, tegasnya, tindakan menolak itu dibuat kerana menyedari keadaan yang dihadapi rakyat selepas pandemik Covid-19.

"Oleh itu saya membuat keputusan utuk menolak tawaran tersebut, walaupun secara prinsipnya ia berdasarkan kelayakan semua bekas Perdana Menteri.

"Saya menyedari dan memahami ketika rakyat berdepan saat sukar ini, keutamaan negara adalah kepada rakyat," jelasnya lagi.

Dalam masa sama, Najib turut mencadangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar meneliti semula peruntukan terbabit.

"Memandangkan isu ini telah cetuskan suasana tidak selsa, saya cadangkan kepada Perdana Menteri untuk melihat semua peruntukan kelayakan ini.

Di bawah kelayakan Akta Saraan Parlimen ini banyak kemudahan diberikan kepada Ahli Parlimen, bekas Perdana Menteri diberikan seperti kediaman, pengawal pengiring, pejabat bekas PM, penerbangan seperti penggunaan jet dan lain-lain lagi. 

Semakan menunjukkan dengan penolakan hadiah kelayakan ini, Najib Razak mungkin satu-satunya Perdana Menteri yang menolak hadiah pemberian kerajaan ini berbanding Tun Dr Mahathir yang paling banyak dianugerah hartanah sebagai bekas PM. 

 

Beberapa hari lalu Pakatan Harapan juga mempersoalkan khidmat pengiring keselamatan Najib. 

Bagaimanapun Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata kedua-dua khidmat itu disediakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berdasarkan peruntukan mengikut Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 (Akta 237) berhubung keistimewaan kepada bekas perdana menteri.

Katanyanya penggunaan khidmat pengiring keselamatan dan trafik kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, akan dikekalkan sehingga proses rayuan dimuktamadkan oleh mahkamah.

"Di bawah peruntukan itu, PDRM akan memberikan perkhidmatan berkenaan kepada semua bekas perdana menteri," katanya dalam satu kenyataan selasa lalu.

2 Comments